(Video) “Wira Tak Didendang,” Mak Cik ‘Cleaner’ Hospital Turut Pertaruh Nyawa, Jalankan Tugas

Posted on

Sedang kita berada di rumah mengikut saranan Perintah Kawalan Pergerakan untuk mencegah wabak Covid-19 daripada terus merebak di negara kita. Kita seakan terlupa dengan jasa insan yang bertungkus lumus menjaga kebersihan sekitar hospital.

Ya, tugas ‘clearner’ pada saat ini merupakan satu kerja ibadah yang sangat mencabar. Mereka seolah-olah seperti ‘Wira yang tak didendang’ turut bekerja membersihkan kawasan hospital yang mungkin terdedah dengan wabak Covid-19 ini.

Seperti perkongsian daripada pengguna Twitter, Farihin Mandagie ini menunjukkan sebuah video yang menyentuh perasaan ramai orang. Orang tukang cuci ini sanggup menolak tong-tong sisa klinikal yang mungkin mempunyai virus Covid-19 tersebut.

“Antara wira yang tak didendang”

Brader dan makcik cleaner. Tunggu smpai kami semua habis tugas, diorang start cuti lap and decon semua tempat yg kami kerja. Then tolak tong kuning yang penuh dengan sisa klinikal yang penuh aku rasa dengan virus Covid 19 tu.

Apa-apapun, kita perlu bersyukur dan berterima kasih kerana mempunyai mereka untuk sentiasa menjaga kebersihan persekitaran hospital walaupun ramai yang terlupa akan jasa mereka. Bukan itu sahaja, ramai yang masih mendoakan kesihatan mereka untuk teruskan pekerjaan murni ini.

Sumber: Farihin Mandagie

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.