Seperti semua sedia maklum, Perintah Kawalan Pergerakan sedang berjalan di negara ini sehingga 31 Mac 2020 bagi membendung penularan Covid-19.
Namun begitu, masih terdapat segelintir rakyat yang ingkar akan arahan polis sehingga memaksa Kementerian Pertahanan mengerah askar dalam membantu penguatkuasaan perintah ini.
Seperti tular di media sosial, sebuah video yang menunjukkan gelagat orang awam yang masih degil dan mengendahkan arahan walaupun ‘dibebel’ oleh pihak polis.
Menerusi video tersebut, kelihatan lelaki yang memakai t-shirt berwarna putih sedang melakukan panggilan telefon di luar sambil menghisap rokok.
Walaupun didatangi oleh kenderaan polis yang memintanya untuk beredar dengan pulang semula ke rumah, dia bertindak seperti biasa dan tidak mempedulikan kehadiran polis.
”Saya arahkan you balik sekarang sebelum saya tangkap”
Cops are getting sick and tired with your bullshit because of arrogant assholes like this fella here pic.twitter.com/378HNDPFED
— Khabir (@KhabirM) March 22, 2020
Sumber: KhabirM