4 Petua Jika Tidak Mahu Suami Anda Curang

Posted on

Sekarang ni dah banyak kes suami curang dan main ‘kayu tiga’ dikongsikan di media sosial.

Setiap pasangan suami isteri yang telah berkahwin sentiasa mengharapkan hubungan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.

Namun ada yang menganggap punca suami curang disebabkan oleh kesilapan dan kekurangan si isteri. Jadi sebelum terjadi perkara tidak diingini, persiapkan diri anda terlebih dahulu.

1. BERI PERHATIAN WALAU SIBUK MANA PUN
Punca suami mencari wanita lain adalah kerana kurang mendapat perhatian isteri. Sibuk mana pun menjaga anak, luangkan masa untuk suami, barulah suami melekat je.

2. JAGA PENAMPILAN, JANGAN SELEKEH JE DIRUMAH
Lepas kahwin ramai wanita tidak peduli dengan penampilan mereka. Masa bercinta bukan cantik. Sebab tulah suami cari perempuan lain yang lagi cantik. Apa salahnya anda bercantik untuk suami walaupun dirumah.

3. JADI TEMAN SETIA & PENDENGAR YANG BAIK
Kajian menunjukkan, wanita mampu bercakap 20 ribu patah perkataan sehari. Manakala lelaki hanya mampu mencapai 7 ribu dalam sehari. Terbukti wanita lebih banyak bercakap. Tanpa sedar anda tidak berikan ruang kepada suami untuk kongsikan sesuatu.

4. WANITA PERLU FAHAM, LELAKI PERLU WAKTU BERSENDIRIAN
Jangan rasa curiga atau salah sangka jika suami anda hilangkan diri seketika. Suami anda mungkin sedang tenangkan diri. Ada kalanya mereka perlukan masa bersendirian. Jangan risau, suami anda pasti akan ceritkan masalah pada anda.