Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh membuat pendaftaran menerusi emel atau pos bermula 1 April, 2020, untuk pengeluaran kemudahan i-Lestari seperti yang diumum oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Pengeluaran i-Lestari
“Ahli-ahli boleh membuat pendaftaran secara emel atau pos bermula 1 April. Bagi pendaftaran secara dalam talian, ahli KWSP boleh melakukannya bermula 1 Mei.
BACA: Cara Nak Semak Penyata KWSP Online (i-Akaun) Baki Terkini & Pengeluaran
“Ahli KWSP akan menerima bayaran ke akaun bank masing-masing bermula Mei ini. Butiran terperinci mengenai kaedah ini akan diwar-warkan sebelum 31 Mac,” kata Ketua Pegawai KWSP Alizakri Alias dalam satu pesanan khidmat masyarakat yang disiarkan oleh semua stesen TV di sini, hari ini.
Semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan. Permohonan boleh dibuat bermula 1 April, 2020.
Inisiatif ini yang diumumkan sebagai salah satu langkah untuk menangani impak penularan virus COVID-19, dijangka memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP, dengan jumlah pengeluaran yang dianggarkan bernilai RM40 billion.
KWSP menyarankan ahli-ahlinya agar membuat pendaftaran secara dalam talian bermula 1 Mei kerana prosesnya lebih cepat dan tepat dan hanya mengambil masa tiga hari untuk diproses.
“Permohonan secara emel dan pos mungkin memakan masa lebih lama kerana pengesahan manual perlu dibuat dengan lebih terperinci bagi melindungi keselamatan akaun ahli,” kata Alizakri.
Baca : Bantuan Khas COVID-19 (NADMA), Sila Download Borang Permohonan
Menurutnya, ahli-ahli dinasihatkan supaya menggunakan kaedah tersebut dan tidak perlu hadir ke mana-mana cawangan KWSP semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Selain itu dana pencen itu juga menasihatkan ahli-ahlinya agar tidak tertipu dengan sebarang skim penipuan dan hanya berurusan dengan KWSP sahaja
Untuk maklumat lanjut, ahli-ahli boleh mengirim emel ke alamat tertera atau layari laman web, Facebook dan Twitter KWSP.
KWSP aktifkan kemudahan pengeluaran i-Lestari daripada Akaun 2 ahli. pic.twitter.com/4pLEdVYPxD
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) March 23, 2020