Kes Baru Seluruh Dunia Dalam 4 Hari

100,000 Kes Baru Seluruh Dunia Dalam 4 Hari, WHO Beri Amaran Pandemik COVID-19 Semakin Cepat Menular

Posted on

PERTUBUHAN Kesihatan Dunia (WHO) memberi amaran bahawa pandemik Coronavirus (COVID-19) semakin cepat MENULAR dengan rekod lebih 300,000 kes dilaporkan setakat hari ini.

Ia mengambil masa selama 67 hari sejak hari pertama dilaporkan sehinggalah mencapai 100,000 kes, 11 hari untuk 100,000 yang kedua dan hanya mengambil empat hari sahaja untuk capai 100,000 kes yang ketiga.

Bagaimanapun, ketua pengarah pertubuhan tersebut, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, dunia masih belum terlewat untuk mengubah trajektori tersebut.

“Masyarakat perlu kekal berada di rumah dan langkah penjarakan sosial (social distancing) adalah sangat penting dalam usaha mengurangkan penyebaran virus tersebut. Bertahan sahaja tidak akan menjadikan kita menang.

“Apa yang penting ialah apa yang perlu kita lakukan. Anda tidak mungkin memenangi perlawanan bola sepak dengan hanya bertahan sahaja. Anda perlu menyerang.

Baca :COVID-19: Pandemik Mungkin ‘Datang Dan Pergi’ Untuk Tempoh Sehingga 2 Tahun- Pakar

“Untuk menang, kita perlu menyerang virus tersebut dengan agresif dan taktikal yang disasarkan; membuat pengesanan kepada setiap suspek kes, isolasi, menjaga setiap kes yang disahkan, menjejaki dan mengkuarantin setiap kontak rapat,” katanya dalam satu sidang media bersama Presiden FIFA, Gianni Infantino sempena kempen “Tumpaskan COVID-19.

Dalam pada itu, Tedros menggesa agar semua negara perlu menjalani ujian yang lebih ketat dan strategi menjejaki kontak.

Beliau menyatakan amaran tersebut berikutan sejumlah besar kes jangkitan melibatkan petugas kesihatan yang disebabkan oleh kekurangan peralatan pelindungan diri (PPE) yang mencukupi.

“Petugas perubatan hanya boleh menjalankan tugas mereka dengan baik apabila mereka bertugas dalam keadaan selamat.

“Walaupun kita buat segala-galanya dengan betul, namun jika kita tidak mengutamakan pelindungan petugas perubatan, ramai orang akan terkorban kerana petugas perubatan sendiri membiarkan diri mereka sakit,” katanya lagi.

Sumber: BBC

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.