KOTA BHARU: Kira-kira 60 jemaah tabligh yang terbabit dalam perhimpunan di Masjid Sri Petaling di sini, akhir bulan lalu dikesan di negeri ini.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah, berkata anggotanya kini sedang mengesan semua jemaah itu yang dipercayai berada di seluruh daerah.
60 jemaah tabligh dikesan di Kelantan
“Kita tengah cari dan jika dikenal pasti (lokasi), kita akan paksa mereka untuk menjalani ujian saringan COVID-19.
“Setakat ini tiada lagi yang ingkar atau enggan memberikan kerjasama sebab mereka juga takut kerana ia membabitkan urusan hidup dan mati,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.
Beliau berkata, tiada sebarang tindakan kekerasan atau undang-undang akan dikenakan kepada ahli tabligh yang dianggap masih ‘bersembunyi’ sebaliknya menyeru agar semua yang dikesan itu bertanggungjawab menjalankan ujian saringan bagi mengelakkan penularan wabak berkenaan.
“Polis tidak akan tangkap dan tahan mereka dalam lokap tapi kita hanya ingin mereka hadir ke hospital sahaja untuk jalani ujian saringan,” katanya.