Anggota Polis Meninggal Dunia

Jatuh Semasa Berehat Ketika Op Covid-19, Anggota Polis Meninggal Dunia

Posted on

Dukacita dimaklumkan salah seorang anggota polis yang terlibat Op Covid-19 telah meninggal dunia. Hal ini disahkan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar sebentar tadi.

Menurut laman rasmi Polis Kota Setar, Allahyarham Koperal Mohd Masri Maguni dari Balai Polis Anak Bukit telah terjatuh ketika berehat selepas bertugas di sekatan jalan raya Op Covid-19 pada 21 Mac yang lalu.

Kejadian berlaku sebelum Allahyarham menyambung tugasan seterusnya, tulis laman berkenaan.

Lantaran itu, orang ramai mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarham dan mendoakan buat roh beliau.

Salam takziah buat keluarga arwah

“Kami rakyat Malaysia mohon maaf kepada keluarga beliau. Beliau jaga kami dan negara kita. Wahai rakyat Malaysia, tolong kekal di rumah..”

Takziah buat keluarga dan sahabat beliau. Semoga Allah tempatkan roh Koperal Mohd Masri Maguni dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh serta memberi kekuatan buat ahli keluarga.

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Ya Allah. Engkau berilah keampunan baginya, dan limpahkan rahmat kepadanya, dan selamatkan dia dan maafkan kesalahannya.

Sumber: Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.