KTMB Gesa Penumpang ETS 9173 Buat Saringan Kesihatan COVID-19

Posted on

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyeru semua penumpang tren elektrik (ETS) No. 9173 membuat saringan kesihatan di hospital berdekatan jika terdapat gejala berkaitan COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Kamarulzaman Zainal berkata ini kerana salah seorang mangsa wabak itu telah menaiki tren tersebut dari Stesen Butterworth ke Stesen Kuala Lumpur Sentral pada 7 Mac lepas.

Baca : Redmi K30 Pro – Peranti Snapdragon 865 Pada Harga Amat Mampu Milik

“Warganegara Malaysia berusia 70 tahun itu merupakan mangsa ke-11 yang diumumkan meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Kuala Lumpur, kelmarin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kamarulzaman berkata pihaknya telah menghentikan serta-merta perkhidmatan tren terbabit dan kerja-kerja disinfeksi sepenuhnya telah dilakukan ke atas tren tersebut serta semua tren ETS lain, bagi keselamatan para penumpang dan kakitangan.

“Semua petugas syarikat yang berada di dalam tren serta stesen-stesen terlibat juga telah diarahkan untuk membuat ujian saringan kesihatan,” katanya.

KTMB akan terus memantau pengoperasian tren-trennya dan sentiasa melaporkan perkembangan semasa tersebut kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Orang ramai disaran untuk mendapatkan maklumat lanjut menerusi laman rasmi media sosial di Facebook (KTM Berhad), Twitter (@ktm_berhad), portal rasminya di www.ktmb.com.my atau menghubungi talian pusat panggilan di 03-22671200 bagi sebarang perkembangan terkini.

Sumber: BERNAMA

Xiaomi Menawarkan Jaminan Tambahan 3 Bulan Untuk Pembelian Peranti Dalam Tempoh PKP

Xiaomi Malaysia kini mengumumkan penawaran jaminan tambahan selama 3 bulan untuk sesiapa yang membeli peranti dalam tempoh PKP – antara 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020.

Xiaomi mengatakan jaminan tambahan 3 bulan ini tertakluk untuk pembelian semua peranti Xiaomi dalam tempoh berkenaan daripada pengedar tempatan. Pengguna hanya perlu pastikan untuk menyimpan resit – memandangkan tarikh jaminan adalah berdasarkan kepada tarikh pada resit.

Selain untuk peranti baru, pengguna peranti sedia ada yang mempunyai jaminan akan tamat pada tempoh 18 Mac ke 31 Mac 2020 ini juga turut dilanjutkan selama tiga bulan lagi.

SUMBER RUJUKAN: XIAOMI

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.