Kumpulan penyelidik China menjalankan bedah siasat ke atas 29 mayat pesakit COVID-19 dan mendapati virus itu tetap berada di paru-paru mangsa walaupun selepas meninggal dunia, lapor agensi berita Xinhua.
BACA : Redmi K30 Pro – Peranti Snapdragon 865 Pada Harga Amat Mampu Milik
Bedah siasat itu turut menunjukkan kerosakan teruk ke atas sistem kekebalan pesakit terhadap penyakit yang mungkin menjadi ‘faktor amat penting’ kepada kematian mereka, kata pakar penyakit berjangkit Hospital Universiti Pertama Peking, Wang Guiqiang, pada sidang akhbar di Beijing Selasa.
Wang menambah, jangkitan itu bukan hanya menyebabkan perubahan patalogi teruk pada paru-paru pesakit, tetapi turut merosakkan salur bronkial kecil yang mengakibatkan penghidap penyakit lebih sukar bernafas.
— BERNAMA
Samsung Galaxy Fold Kini Boleh Didapati Dengan Diskaun RM2000
Samsung Galaxy Fold merupakan telefon pintar dengan skrin boleh-lipat pertama daripada Samsung. io telah dilancarkan pada tahun lepas, pada harga melangkaui RM8,000.
Bagi anda yang berhasrat untuk mendapatkan telefon pintar ini, kini pihak SenQ hadir dengan promosi khusus, membolehkan pengguna mendapatkannya pada harga dengan diskaun RM2000. Ini sekaligus menjadikan harga jualan Galaxy Fold ini sekitar RM6388.
Samsung Galaxy Fold hadir dengan rekaan skrin besar seumpama tablet, yang boleh dilipat membentuk telefon pintar. Ia turut dilengkapi spesifikasi yang tinggi, selain sokongan kamera yang baik bersama dengannya. Bagi anda yang mencari peranti ini, mungkin boleh menyemak penawaran ini, dan berjimat RM2000 berbanding harga jualan biasanya.