KKM Sahkan Kematian Ke-17 Akibat Covid-19

Posted on

Kes jangkitan dan kematian di negara kita saban hari kian meningkat akibat daripada wabak Covid-19 yang melanda di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Perintah Kawalan Pergerakan juga telah dikuatkuasakan bagi membendung gejala ini.

Terkini, dalam satu perkongsian daripada laman Facebook Ketua Pengarah KKM, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah mengumumkan satu lagi berita sedih buat rakyat Malaysia di mana satu kematian telah dicatat pada hari ini. Jumlah kumulatif untuk kes kematian adalah 17 orang.

Baca : Redmi K30 Pro – Peranti Snapdragon 865 Pada Harga Amat Mampu Milik

Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat satu (1) lagi pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan. Pelaporan terbaharu ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 17 orang setakat ini.

Kes kematian ke-17 (kes ke-1251) merupakan seorang warganegara Malaysia berusia 66 tahun dengan latarbelakang beberapa penyakit kronik.

Beliau telah mula menunjukkan gejala seminggu sebelum dimasukkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada 20 Mac 2020. Keadaan beliau kritikal semasa tiba di Jabatan Kecemasan dan seterusnya memerlukan bantuan pernafasan pada hari yang sama. Beliau disahkan positif COVID-19 pada 21 Mac 2020. Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada 25 Mac 2020 jam 4.10 pagi. Punca jangkitan COVID-19 beliau masih dalam siasatan.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga pesakit.

Sumber: Dr Noor Hisham Abdullah

Join Telegram

YouTube Akan Mengurangkan Resolusi Paparan Lalai Semua Pengguna Seluruh Dunia Ke 480p

YouTube sebelum ini telah pun mengumumkan mereka akan mengurangkan kualiti penstriman video di Eropah dalam usaha mengurangkan penggunaan jalur-lebar memandangkan ramai yang bekerja dari rumah. Kini, selain di Eropah, YouTube telah mengumumkan akan mengurangkan kualiti penstriman lalai untuk semua pengguna seluruh dunia untuk tempoh sebulan akan datang.

YouTube akan mula mengehadkan resolusi paparan lalai untuk semua pengguna seluruh dunia kepada 480p bermula hari ini. Apa pun, pengguna masih boleh mengubah kepada tetapan resolusi lebih tinggi secara manual.

YouTube dijangka akan mengekalkan tetapan ini selama sebulan untuk pengguna seluruh dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.