Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM), bersedia untuk menyumbang tenaga membantu pertugas barisan hadapan, menangani penularan wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Presidennya Datuk Ismail Abidin berkata, pihaknya bersedia untuk dipanggil bila-bila masa sahaja untuk kembali mencurah bakti kepada negara.
BACA : Rekaan Seumpama Apple Watch: Jam Tangan Realme Bakal Diperkenalkan Tidak Lama Lagi
”Kita mempunyai ramai ahli iaitu kira-kira 350,000 orang, dan boleh digerakkan pada bila-bila masa,” katanya kepada media selepas mengagihkan lebih 1,000 botol minuman di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis di sini, hari ini, yang diterima oleh Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad.
Ramai ahlinya masih muda berumur dalam lingkungan 40 ke 50 tahun, dan mereka mempunyai kemampuan dan tenaga untuk berkhidmat.
Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan lanjutan tempoh PKP sehingga 14 April depan yang telah dikuatkuasakan sejak 18 Mac lepas, bagi membantu negara menangani wabak COVID-19.
BACA : Spesifikasi Huawei P40 Dan P40 Pro Tertiris Sepenuhnya
Sementara itu dalam perkembangan lain Surina berkata, tiada tindakan undang-undang diambil ke atas mana-mana individu yang ingkar dengan penguatkuasaan PKP di Perlis buat masa ini, namun pihaknya tidak teragak-agak untuk memulakan tangkapan.
”Buat masa ini tahap pematuhan rakyat di Perlis berhubung penguatkuasaan PKP adalah 95 peratus. Kita berusaha untuk capai 100 peratus,” katanya.
Sumber: Bernama
Redmi K30 Pro Zoom Edition Turut Dilancarkan Dengan Kemampuan Zum 30X
Redmi K30 Pro telah dilancarkan hari ini sebagai telefon mercu 5G dengan Snapdragon 865 paling mampu milik di pasaran dengan harga bawah RM2000 sebuah. Pada waktu yang sama Redmi K30 Pro Zoom Edition turut dilancarkan dengan kemampuan zum sehingga 30X.
Peranti dilengkapi skrin 6.67-inci AMOLED FHD+ yang menyokong paparan kandungan HR10+, pengimbas cap jari dalam skrin dan kadar segar semula 60Hz. Sebagai langkah mengurangkan kos skrin dengan kadar segera semula dan resolusi lebih tinggi tidak digunakan.
Ini dipadankan dengan cip Snapdraon 865, memori 8GB RAM LPDDR5, storan sehingga 256GB UFS 3,1 dan bateri sebesar 4700 mAh. Bateri yang agak besar ini menyokong pengecasan pantas 33W menerusi port USB-C. Tiada sokongan pengecasan nirwayar atau mengecas peranti lain secara nirwayar di sini.
Spesifikasi kamera utama pula ialah 65-MP sudut lebar, 13-MP ultra sudut lebar, 8-MP telefoto dan 2-MP makro. Kuad-kamer ini disusun dalam sebuah bonjol kamera berbentuk bulat. Perbezaan spesifikasi kamera terletak pada sensor telefoto yang meningkat ke 8-MP berbanding 5-MP pada K30 Pro biasa.
Pada bahagian hadapan pula sebuah kamera pop naik sebesar 20-MP. Redmi mengekalkan rekaan kamera pop naik dengan lampu LED terbina sekali lagi enggan mengikut trend lubang kamera pada skrin,
Apa yang kami rasakan menarik ialah peranti masih mempunyai kemampuan kalis air IP53, bicu audio 3.5mm, WiFi 6 dan sokongan rakaman video pada resolusi 8K 30FPS.
Di China Redmi K30 Pro ditawarkan pada harga RMB3799 (~RM2380) sebuah untuk versi 8/128GB dan RMB3999 (~RM2505) untuk versi 8/256GB.