Azwan Ali Mohon Maaf Perlekeh Paramedik Hospital Putrajaya

Posted on

Semalam hangat diperkatakan apabila pihak Hospital Putrajaya membuat laporan polis terhadap dua selebriti iaitu Dayangku Intan dan Azwan Ali atas penularan dua video yang telah menjejaskan imej hospital itu.

Video tular itu juga turut menjejaskan kredibiliti kakitangan serta para pegawai perubatan dalam mengendalikan wabak COVID-19. Tidak menyangka kata-katanya mengguris hati ramai pihak, Azwan Ali tampil memohon maaf secara terbuka.

BACA:  Sempena Ulang Tahun Lazada: Wiko View 4 Lite Ditawarkan Pada Harga RM 337

Malah, Azwan berkata dia mahu menebus kesilapannya dengan menjamu rendang air tangannya kepada petugas hospital berkenaan.

“Saya nak ambil kesempatan nak mohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan mulut saya, dah memang begitu kaedahnya.

“Mohon maaf terbuka kepada pihak Hospital Putrajaya khasnya doktor dan pengurusannya kerana kandungan perutusan khas saya telah menjadi begitu panas dan mencetuskan kontroversi hingga ada pihak tertekan diganggu emosi dan sebagainya, mohon maaf.

BACA: Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Bank Secara Automatik Selama 6 Bulan

“Sudah tentu saya kutip setiap hikmah yang berlaku daripada kejadian yang tidak disangka ini, buang yang keruh ambil yang jernih,” katanya.

Dalam pada itu, pengacara sensasi yang lebih dikenali sebagai Diva AA itu juga berharap agar pihak Hospital Putrajaya menerima pemohonan maafnya dan berjanji untuk tidak akan mengulanginya lagi.

Terdahulu, Hospital Putrajaya telah membuat laporan polis berhubung tindakan pengacara itu yang memuat naik semula kenyataan penyanyi veteran Dayangku Intan yang kecewa dengan layanan yang diterimanya oleh petugas hospital berkenaan pada pertengahan Mac lalu.

Spesifikasi Huawei P40 Dan P40 Pro Tertiris Sepenuhnya

Join Telegram

Redmi K30 Pro Zoom Edition Turut Dilancarkan Dengan Kemampuan Zum 30X

Redmi K30 Pro telah dilancarkan hari ini sebagai telefon mercu 5G dengan Snapdragon 865 paling mampu milik di pasaran dengan harga bawah RM2000 sebuah. Pada waktu yang sama Redmi K30 Pro Zoom Edition turut dilancarkan dengan kemampuan zum sehingga 30X.

Peranti dilengkapi skrin 6.67-inci AMOLED FHD+ yang menyokong paparan kandungan HR10+, pengimbas cap jari dalam skrin dan kadar segar semula 60Hz. Sebagai langkah mengurangkan kos skrin dengan kadar segera semula dan resolusi lebih tinggi tidak digunakan.

Redmi K30 Pro Zoom

Ini dipadankan dengan cip Snapdraon 865, memori 8GB RAM LPDDR5, storan sehingga 256GB UFS 3,1 dan bateri sebesar 4700 mAh. Bateri yang agak besar ini menyokong pengecasan pantas 33W menerusi port USB-C. Tiada sokongan pengecasan nirwayar atau mengecas peranti lain secara nirwayar di sini.

Spesifikasi kamera utama pula ialah 65-MP sudut lebar, 13-MP ultra sudut lebar, 8-MP telefoto dan 2-MP makro. Kuad-kamer ini disusun dalam sebuah bonjol kamera berbentuk bulat. Perbezaan spesifikasi kamera terletak pada sensor telefoto yang meningkat ke 8-MP berbanding 5-MP pada K30 Pro biasa.

Pada bahagian hadapan pula sebuah kamera pop naik sebesar 20-MP. Redmi mengekalkan rekaan kamera pop naik dengan lampu LED terbina sekali lagi enggan mengikut trend lubang kamera pada skrin,

Redmi K30 Pro Zoom

Apa yang kami rasakan menarik ialah peranti masih mempunyai kemampuan kalis air IP53, bicu audio 3.5mm, WiFi 6 dan sokongan rakaman video pada resolusi 8K 30FPS.

Di China Redmi K30 Pro ditawarkan pada harga RMB3799 (~RM2380) sebuah untuk versi 8/128GB dan RMB3999 (~RM2505) untuk versi 8/256GB.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.