Kutipan Tabung COVID-19 Sebanyak RM 8 Juta Setakat Ini, Akan Diguna Bantu Rakyat Terjejas Dengan PKP

Posted on

MENTERI Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kutipan tabung sumbangan COVID-19 yang diperolehi setakat ini adalah sebanyak RM8.129 juta.

“70 peratus akan digunakan di peringkat awal, iaitu sebanyak RM5.68 juta untuk membantu rakyat yang terkesan, terutamanya golongan miskin yang terkesan akibat daripada sekatan pergerakan yang kita perkenalkan.

Baca : Maybank Tawar Promosi Tambahan Untuk Tambah-Nilai Hotlink, Digi Dan Xpax

“Kementerian Pembangunan Wanita akan mengagihkan bekalan makanan kepada golongan miskin ini dan mereka yang memenuhi syarat (bantuan),” jelasnya dalam satu sidang media khas hari ini.

Baca : Sempena Ulang Tahun Lazada: Wiko View 4 Lite Ditawarkan Pada Harga RM 337
Sumber: BERNAMA

Vivo S6 5G Mungkin Menggunakan Cip Exynos 980?

Vivo S6 5G  bakal muncul secara rasmi tidak lama lagi dan nampaknya terus menjadi bualan hangat ramai. Untuk makluman, ia adalah peranti kelas pertengahan Vivo yang pertama didatangkan dengan sokongan 5G. Terkini, peranti ini dikatakan telah muncul di penanda aras Geekbench sekaligus mendedahkan prestasi dan beberapa spesifikasi utama peranti.

Vivo S6 5G yang muncul dengan kod nama Vivo V1962A dilihat mencatatkan sebanyak 694 Mata dalam ujian satu teras dan 1847 mata untuk ujian pelbagai teras. Penanda aras tersebut juga mendedahkan peranti ini bakal dibekalkan dengan cip pemproses Exynos 980 yang menawarkan frekuensi asas 1.79GHz dan dipadankan pula degan memori 8GB RAM. Selain itu, ia juga bakal menggunakan sistem operasi Android 10.

Melalui ketirisan ini, Vivo S6 5G nampaknya bakal menjadi peranti ketiga yang akan dikuasai oleh cip pemproses berkenaan selepas model Vivo X30 Pro dan Vivo X30. Vivo S6 5G dijadualkan muncul secara rasmi pada 31 Mac ini. Apa yang kami rasakan menarik di sini ialah Vivo telah menggunakan cip Exynos 980 yang masih belum digunakan pada sebarang peranti keluaran Samsung sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.