sarung tangan perubatan

“Dunia ‘Bergantung’ Dengan Malaysia Lawan COVID-19”- Kedutaan Amerika Syarikat Di KL

Posted on

Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia hari ini berkongsi satu tweet di Twitternya mengatakan bahawa 65 peratus sarung tangan perubatan yang digunakan oleh ‘hero’ petugas perubatan di negaranya dan sebahagian negara lain adalah dihasilkan di Malaysia.

”Melalui penghasilan sarung tangan getah dan lain-lain produk perubatan, dunia ‘bergantung’ dengan Malaysia untuk melawan COVID”, kata Kedutaan Amerika Syarikat lagi.

sarung tangan perubatan

Baca : Kamera Polaroid Now Diumumkan Untuk Peminat Kamera Filem Segera Klasik

Sebelum ini, AS pernah bertindak untuk mengharamkan sebarang kemasukan (import) sarung tangan itu dari Malaysia kerana mendakwa syarikat pembuatan sarung tangan, WRP Asia Pacific Sdn Bhd yang berlokasi di Sepang, Selangor menggunakan tenaga buruh paksa.

Bagaimanapun menurut laporan Channel News Asia baru-baru ini, AS telah menarik semula pengharaman tersebut atas sebab alatan itu mendapat permintaan tinggi ekoran mereka sedang menghadapi krisis wabak COVID-19 di sana.

Perlindungan Kastam dan Sempadan AS (CBP) pada Selasa (24 Mac) berkata sarung tangan getah yang dibuat oleh syarikat itu selepas 16 Mac, 2020, akan diterima semula di semua pelabuhan kemasukan AS.

Sumber: TwitterChannel News Asia

Join Telegram

Redmi K30 Pro Zoom Edition Turut Dilancarkan Dengan Kemampuan Zum 30X

Redmi K30 Pro telah dilancarkan hari ini sebagai telefon mercu 5G dengan Snapdragon 865 paling mampu milik di pasaran dengan harga bawah RM2000 sebuah. Pada waktu yang sama Redmi K30 Pro Zoom Edition turut dilancarkan dengan kemampuan zum sehingga 30X.

Peranti dilengkapi skrin 6.67-inci AMOLED FHD+ yang menyokong paparan kandungan HR10+, pengimbas cap jari dalam skrin dan kadar segar semula 60Hz. Sebagai langkah mengurangkan kos skrin dengan kadar segera semula dan resolusi lebih tinggi tidak digunakan.

Redmi K30 Pro Zoom

Ini dipadankan dengan cip Snapdraon 865, memori 8GB RAM LPDDR5, storan sehingga 256GB UFS 3,1 dan bateri sebesar 4700 mAh. Bateri yang agak besar ini menyokong pengecasan pantas 33W menerusi port USB-C. Tiada sokongan pengecasan nirwayar atau mengecas peranti lain secara nirwayar di sini.

Spesifikasi kamera utama pula ialah 65-MP sudut lebar, 13-MP ultra sudut lebar, 8-MP telefoto dan 2-MP makro. Kuad-kamer ini disusun dalam sebuah bonjol kamera berbentuk bulat. Perbezaan spesifikasi kamera terletak pada sensor telefoto yang meningkat ke 8-MP berbanding 5-MP pada K30 Pro biasa.

Pada bahagian hadapan pula sebuah kamera pop naik sebesar 20-MP. Redmi mengekalkan rekaan kamera pop naik dengan lampu LED terbina sekali lagi enggan mengikut trend lubang kamera pada skrin,

Redmi K30 Pro Zoom

Apa yang kami rasakan menarik ialah peranti masih mempunyai kemampuan kalis air IP53, bicu audio 3.5mm, WiFi 6 dan sokongan rakaman video pada resolusi 8K 30FPS.

Di China Redmi K30 Pro ditawarkan pada harga RMB3799 (~RM2380) sebuah untuk versi 8/128GB dan RMB3999 (~RM2505) untuk versi 8/256GB.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.