Polis Perancis mencatatkan peningkatan aduan berkaitan keganasan rumah tangga sejak perintah “lockdown” dikuatkuasakan di negara itu, lapor agensi berita Sputnik.
Menteri Dalam Negeri Christophe Castaner berkata pada Khamis kes aduan berkaitan keganasan rumah tangga dan masalah keluarga meningkat sebanyak 32 peratus.
Kes paling tinggi dilaporkan di Paris, sebanyak 36 peratus panggilan aduan diterima.
Castaner berkata jumlah kumulatif aduan pula sebanyak 225,000 kes.
Presiden Emmanuel Macron mengumumkan perintah lockdown selama 15 hari bermula 17 Mac, susulan penularan wabak COVID-19.
Mengikut angka terbaru Kementerian Kesihatan, Perancis mempunyai hampir 30,000 kes disahkan dengan kira-kira 1,700 kematian manakala dianggarkan 5,000 pesakit sembuh.
Sumber: BERNAMA
Redmi K30 Pro Zoom Edition Turut Dilancarkan Dengan Kemampuan Zum 30X
Redmi K30 Pro telah dilancarkan hari ini sebagai telefon mercu 5G dengan Snapdragon 865 paling mampu milik di pasaran dengan harga bawah RM2000 sebuah. Pada waktu yang sama Redmi K30 Pro Zoom Edition turut dilancarkan dengan kemampuan zum sehingga 30X.
Peranti dilengkapi skrin 6.67-inci AMOLED FHD+ yang menyokong paparan kandungan HR10+, pengimbas cap jari dalam skrin dan kadar segar semula 60Hz. Sebagai langkah mengurangkan kos skrin dengan kadar segera semula dan resolusi lebih tinggi tidak digunakan.
Ini dipadankan dengan cip Snapdraon 865, memori 8GB RAM LPDDR5, storan sehingga 256GB UFS 3,1 dan bateri sebesar 4700 mAh. Bateri yang agak besar ini menyokong pengecasan pantas 33W menerusi port USB-C. Tiada sokongan pengecasan nirwayar atau mengecas peranti lain secara nirwayar di sini.
Spesifikasi kamera utama pula ialah 65-MP sudut lebar, 13-MP ultra sudut lebar, 8-MP telefoto dan 2-MP makro. Kuad-kamer ini disusun dalam sebuah bonjol kamera berbentuk bulat. Perbezaan spesifikasi kamera terletak pada sensor telefoto yang meningkat ke 8-MP berbanding 5-MP pada K30 Pro biasa.
Pada bahagian hadapan pula sebuah kamera pop naik sebesar 20-MP. Redmi mengekalkan rekaan kamera pop naik dengan lampu LED terbina sekali lagi enggan mengikut trend lubang kamera pada skrin,
Apa yang kami rasakan menarik ialah peranti masih mempunyai kemampuan kalis air IP53, bicu audio 3.5mm, WiFi 6 dan sokongan rakaman video pada resolusi 8K 30FPS.
Di China Redmi K30 Pro ditawarkan pada harga RMB3799 (~RM2380) sebuah untuk versi 8/128GB dan RMB3999 (~RM2505) untuk versi 8/256GB.