COVID-19: Pos Malaysia nafi kakitangannya sebar virus

Posted on

Pos Malaysia Bhd (Pos Malaysia) menafikan dakwaan kononnya kakitangan syarikat itu dijangkiti COVID-19 dan menyebarkannya melalui surat atau bungkusan yang dihantar kepada pelanggan.

Dakwaan itu disebarkan menerusi satu rakaman audio yang di media sosial.

BACA : Pelancaran iPhone 12 Mungkin Ditangguh Selama Beberapa Bulan

Pos Malaysia menerusi status dimuat naik di Facebook rasminya menjelaskan tuduhan terbabit adalah fitnah dan berniat jahat.

“Satu lagi berita tidak benar mengenai COVID-19 tersebar. Elakkan berkongsi maklumat yang tidak sahih. Pastikan kebenarannya terlebih dahulu.

“Kami memohon kerjasama orang ramai supaya tidak menjadikan sumber tidak sahih di media sosial sebagai rujukan. Segala maklumat terkini boleh didapati di semua platform media sosial rasmi Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya.

Pos Malaysia juga sudah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung perkara itu.

Dalam pada itu, KKM turut menafikan rakaman audio terbabit kononnya ia adalah klip audio yang dibuat oleh bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), Datuk Dr Christopher Lee.

“Tular di WhatsApp penyebaran ‘voice message’ yang kononnya dihantar oleh Datuk Dr Christopher Lee. Untuk makluman, mesej ini adalah palsu,” menurut status yang dimuat naik di akaun Facebook rasmi kementerian itu.

Giliran Imej Pengolokan OnePlus 8 5G Pula Tertiris

Dua hari yang lalu imej pengolokan OnePlus 8 Pro telah tertiris ke arena web menunjukkan rekaan peranti dari pelbagai sudut bersama dengan spesifikasi lengkap. Pagi ini giliran OnePlus 8 5G pula tertiris dan ia adalah model yang bakal dijual pada harga yang lebih mampu milik.

Menurut laman PigTou, OnePlus 8 5G dilengkapi skrin 6.55t” Fluid AMOLED 90Hz, dijana cip Snapdragon 865, memori 8GB RAM, storan 128GB, kamera utama 48+16+2 Megapixel, kamera swafoto 16-Megapixel dan bateri 4300 mAh.

Sistem kamera pada OnePlus 8 ialah lensa sudut lebar, ultra lebar dan makro. Tiada sokongan sistem zum optikal akan diberikan. Pada bahagian hadapan pula kamera swafoto diletakkan di dalam lubang kamera. Tiada lagi penggunaan takuk pada peranti OnePlus tahun ini. Akhir sekali bateri peranti menyokong pengecasan pantas 30W.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.