Doktor, bayi maut nahas

Posted on

Seorang doktor dan bayinya berusia sembilan bulan maut selepas van Jabatan Kesihatan dinaiki terbabas di Kilometer 11, Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Renok Baru di sini, pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Dr Nooranisah Mohd Razali, 31, yang bertugas di Hospital Sultan Ismail Petra Kuala Krai dan anaknya, Mohammad Fitri Yusof Muhammad Hafiz Zulhilmi.

Kemalangan turut menyebabkan tujuh individu lain iaitu Mohd Lazim Abdullah, 56; Dr Siti Salwa Mohamad Shokri; 38, Syahirah Muhamad Razali, 20; Dr Norazma Mohamad, 34; Dr Linda Laili Ibrahim Shukri, 29; Dr Suzuanhafizan Omar, 32 dan Dr Hazirah Sazali, 33, cedera.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Taufik Maidin, berkata nahas berlaku ketika van Toyota Hiace yang dinaiki dalam perjalanan dari Kuala Krai ke Gua Musang.

BACA: Cara Menghalang Kandungan Dewasa Di Netflix, Astro GO Dan HBO GO

Beliau berkata, semua petugas hospital menaiki van Kesihatan Hospital Kuala Krai untuk ke Hospital Gua Musang bagi menjalankan tugas berkaitan rawatan COVID-19.

“Sebaik tiba di lokasi, pemandu van dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu terbabas.

“Dr Nooranisah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian kerana kecederaan di kepala dan badan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Taufik berkata, anak mangsa meninggal dunia jam 11.02 pagi di HGM kerana kecederaan dalaman.

“Tujuh individu lain yang cedera bertugas di Hospital Sultan Ismail Petra Kuala Krai dan kini menerima rawatan di HGM serta dilaporkan stabil,” katanya.

Beliau berkata, mayat dua beranak itu dihantar ke HGM untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga.

“Bagi pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), kami menzahirkan rasa sedih atas kejadian itu kerana mangsa untuk ke HGM menjalankan tugas,” katanya.

Apple Hadir Dengan Laman Sehenti Untuk Covid-19

Apple kini telah melancarkan sebuah halaman khusus untuk wabak Covid-19, dimana melaluinya Apple menyediakan sejumlah informasi yang perlu diketahui oleh para pengguna – selain pada masa yang sama menyediakan soal-jawab khusus untuk memudahkan pengguna lebih memahami dan melakukan pemeriksaan berkaitan Covid-19.

Langkah Apple ini juga secara tidak langsung akan mengurangkan penyebaran berita-berita palsu, selain turut mengurangkan kadar panik dikalangan pengguna.

Selain laman sehenti berkenaan, Apple turut telah menerbitkan sebuah aplikasi khusus berkaitan Covid-19, tetapi ia terhad untuk pengguna di Amerika Syarikat buat masa ini.

Di Malaysia, pihak DoctorOnCall turut menyediakan penilaian yang lebih kurang sama, yang boleh anda layari hari ini.

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.