Wabak pandemik Covid-19 sehingga kini masih diperangi oleh seluruh rakyat Malaysia. Disebalik usaha keras petugas barisan hadapan, terdapat juga pihak tertentu yang sanggup menghulurkan bantuan.
Pelbagai NGO serta individu-individu yang memberi bantuan daripada segi kewangan serta sumbangan kemudahan tampil untuk bersama memerangi virus maut ini.
Bagi seorang pendakwah bebas yang bernama Ebit Lew pula, sumbangan yang telah disalurkannya sejak wabak pandemik ini semakin menular tidak perlu dipersoalkan lagi.
Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik di akaun sosial media miliknya, dia ada bertanyakan beberapa pegawai dan doktor mengenai keperluan bantuan kemudahan di hospital. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:
Risau sedih juga dengar persiapan kerajaan untuk gelombang ketiga covid-19. Banyak tempat baru dah mula dibuka. Semua hospital tambah dan luaskan tempat saringan dan kuarantin. Syukur pada Allah tempahan saya untuk 15 aircond portable dan 30 kipas tinggi dan kettle dah sampai serta apron, face shield ada 3ribu dll.
Tadi saya call banyak hospital. Saya tanya betul ke semua bantuan dah terbuang dan tak perlu semua pertolongan. Saya tak tahu tempat lain. Tapi kami disini masih banyak kekurangan. Perlu ustaz. Semua belum cukup lagi. Ustaz jangan berhenti yer. Teruskan yer. Terima kaseh ustaz. Tolong yer ustaz. Kata doktor tu pada saya. Begitulah ayat semua pegawai yang berurusan dengan saya. Mereka semua beri saya surat permohonan barang dan surat perlepasan.
Syukur hari ini 10 rider motor sentiasa bergerak menghantar bekalan makanan pada asnaf dan yang memerlukan. Pohon doa semua yer agar negara kita selamat dan Allah kembalikan nikmat seperti sebelum ini.
Terima kaseh penduduk di samudra teres dan adik-adik rider semua yer banyak membantu dan semua yang menyumbang. Tak tersebut nama ramai sangat. Semoga Allah berkati hidup tuan puan dan keluarga. YaAllah berilah kami semua kekuatan dan pertolonganMu – ebitlew
CIMB 8603546376
Pertubuhan Kasih Umat Malaysia
Fungsi Always-On Display Akhirnya Akan Tiba Ke Peranti OnePlus
Always-On Display adalah satu fungsi yang memaparkan jam, tarikh, peratus bateri dan notifikasi pada skrin peranti. Ia popular di kalangan peranti yang menggunakan skrin OLED kerana hanya beberapa pixel yang diperlukan sahaja akan hidup bagi menjimatkan bateri. Kebanyakan peranti mercu sudah pun ada fungsi ini, kecuali OnePlus dengan alasan akan cepat menghabiskan bateri.
Terkini, OnePlus dilihat sudah temui jalan bagi menyertakan fungsi ini tanpa sebarang masalah. Menurut kicauan OnePlus di Twitter, kemaskini untuk menyertakan fungsi ini sudah pun dijadualkan. Tetapi tidak pasti jika ia akan diperkenalkan kepada OnePlus 8 terlebih dahulu atau semua peranti OnePlus sedia ada akan menerima kemaskini Oxygen OS serba baharu kelak.