Pekerja Swasta Dibenar Hadir Bertugas Sehari Proses Bayar Gaji – KSM

Posted on

Kerajaan memutuskan untuk membenarkan pekerja Bahagian Kewangan atau Sumber Manusia dalam sektor swasta ke tempat kerja hanya untuk sehari sahaja bagi memproses pembayaran gaji mengikut ketetapan undang-undang.

Kementerian Sumber Manusia menyatakan jumlah maksimum pekerja yang dibenarkan untuk tujuan berkenaan ialah dua orang sahaja sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Mereka dibenarkan hadir ke tempat kerja untuk menjalankan urusan kerja yang spesifik iaitu menyelaras dan memproses payroll bagi tujuan pembayaran gaji pekerja iaitu bagi tempoh satu hari sahaja sama ada pada 31 Mac atau 1 April,” menurut kementerian itu dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, majikan diminta menyediakan surat atau dokumen pelepasan dan kebenaran untuk ke tempat kerja bagi pekerja terbabit.

Surat atau dokumen pelepasan itu perlu menyenaraikan nama penuh dan nombor kad pengenalan pekerja terlibat serta nombor telefon majikan untuk dihubungi bagi tujuan pengesahan.

Langkah itu bertujuan memudahkan pergerakan mereka ke tempat kerja sekiranya diminta mengemukakan surat atau dokumen terbabit oleh pihak berkuasa.

Sumber: BERNAMA

Fungsi Always-On Display Akhirnya Akan Tiba Ke Peranti OnePlus

Always-On Display adalah satu fungsi yang memaparkan jam, tarikh, peratus bateri dan notifikasi pada skrin peranti. Ia popular di kalangan peranti yang menggunakan skrin OLED kerana hanya beberapa pixel yang diperlukan sahaja akan hidup bagi menjimatkan bateri. Kebanyakan peranti mercu sudah pun ada fungsi ini, kecuali OnePlus dengan alasan akan cepat menghabiskan bateri.

Terkini, OnePlus dilihat sudah temui jalan bagi menyertakan fungsi ini tanpa sebarang masalah. Menurut kicauan OnePlus di Twitter, kemaskini untuk menyertakan fungsi ini sudah pun dijadualkan. Tetapi tidak pasti jika ia akan diperkenalkan kepada OnePlus 8 terlebih dahulu atau semua peranti OnePlus sedia ada akan menerima kemaskini Oxygen OS serba baharu kelak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.