Kita semua sedia maklum bahawa jumlah purata kes jangkitan wabak Covid-19 telah mencatatkan negeri Selangor paling tinggi. Sebagai penyediaan awal bagi gelombang yang bakal melanda di negara Malaysia jika masyarakat masih tidak mengikut arahan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melawat Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), di sini.
Perdana Menteri diiringi Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM) Datuk Seri Dr Chen Chaw Min dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Muhyiddin yang tiba di pusat itu pada pukul 5.45 petang, meluangkan masa hampir sejam mendengar taklimat dan meninjau pusat tersebut yang berjaya disiapkan dalam tempoh tiga hari melibatkan pelbagai agensi kerajaan yang diselaraskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).
Dr Adham yang ditemui media selepas lawatan itu berkata pusat berkenaan adalah idea perdana menteri sendiri sebagai persediaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan peningkatan mendadak jangkitan COVID-19 di negara ini.
“Kami akan merawat kes-kes positif COVID-19 (di sini) yang tidak menunjukkan sebarang simptom atau mempunyai simptom ringan,” katanya.
Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah itu mampu menempatkan sehingga 600 pesakit pada satu-satu masa dan ia diselaraskan oleh Nadma dengan kerjasama KKM, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Kerja Raya.
Antara perkhidmatan yang disediakan di pusat itu ialah perkhidmatan klinikal, wad untuk pesakit COVID-19, ruang resusitasi untuk menstabilkan pesakit dalam keadaan kecemasan, perkhidmatan ambulans, perkhidmatan farmasi, perkhidmatan X-ray, dan perkhidmatan makmal patologi.
Kemudahan yang disediakan kepada pesakit termasuk katil, meja, kerusi, loker, televisyen, lounge, WiFi, komputer, surau, kamera litar tertutup, tandas, ruang mandi, bilik persalinan dan ruang istirahat.
Bagi anggota yang bertugas pula, pusat itu menyediakan kaunter jururawat, bilik rawatan dan kecemasan, ruang rehat anggota, bilik persalinan anggota dan ruang mandi termasuk ruang “donning/ doffing” pakaian perlindungan diri (PPE) serta ruang mesyuarat dan seminar.
Hari ini saya melawat kerja-kerja akhir penyediaan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS). pic.twitter.com/dAH28LkJe9
— Muhyiddin Yassin (@MuhyiddinYassin) March 30, 2020
Pusat Kuarantin dan Rawatan Pesakit COVID-19 Berisiko Rendah di MAEPS adalah persediaan negara jika pesakit terus meningkat.
Pusat itu menyediakan 600 katil dgn kemudahan spt WiFi, komputer, lounge dan surau.
Perkhidmatan disediakan antaranya klinikal, ruang 'resuscitation' pic.twitter.com/3GwmOeIssG
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 30, 2020
Sumber: Bernama
Samsung Galaxy M11 Diumumkan Dengan Cip Snapdragon 450 Dan Bateri 5000 mAh
Minggu baharu bermula hari ini dan sebuah lagi peranti telah dilancarkan oleh Samsung. Samsung Galaxy M11 telah disenaraikan di laman Samsung UAE hari ini dan ia adalah sebuah peranti kelas permulaan yang dilengkapi tri-kamera utama.
Galaxy M11 dilengkapi skrin 6.4″ LCD HD+ dengan lubang skrin untuk kamera swafoto, dijana cip Snapdragon 450, memori sehingga 4GB, storan sehingga 64GB dengan sokongan kad mikro SD sehingga 512GB. Bateri yang disertakan adalah sebesar 5000 mAh yang menyokong pengecasan pantas 15W.
Kamera utama menggunakan sensor 13MP (F1.8) sudut lebar, 5MP (F2.2) sudut ultra lebar dan 2MP (F2.4) pengesan kedalaman. Kamera swafoto pula adalah sekadar sebesar 8MP.
Peranti ini walaupun sebuah peranti kelas permulaan, menggunakan Android 10 dengan pelancar One UI 2.0. Pengimbas cap jari fizikal turut diletakkan pada panel belakang bagi pengguna yang memerlukan sokongan sekuriti imbasan biometri.
Tiada maklumat mengenai harga dan tarikh jualan diumumkan pada waktu ini. Tetapi berdasarkan spesifikasi ia adalah sedikit lebih baik berbanding Galaxy A11 yang dilancarkan dua minggu yang lalu.