Sebagai pelanggan Astro sejak lebih sedekad lamanya, kami sudah boleh menghafal nombor saluran-saluran yang ditawarkan. Sebagai contoh 104 ialah nombor untuk Astro RIA dan 811 pula adalah untuk Astro Supersport. Tetapi pada 1 April 2020, pengguna perlu menghafal nombor-nombor baharu kerana perubahan akan dilakukan pada beberapa saluran yang ditawarkan pada resolusi SD dan HD.
BACA: Tonton Kesemua 22 Saluran Astro Go Secara Percuma Menerusi Telefon Pintar
Saluran HD akan mengambil alih nombor saluran yang dahulunya adalah. untuk saluran SD. Sebagai contoh Astro RIA HD kini diakses menerusi saluran 104 dan Astro RIA pula ke 124. Astro SuperSport HD kini di saluran 811 dan Astro SuperSport berpindah ke 831. Saluran yang selama ini hanya ditawarkan pada resolusi SD seperti RTM dan TV3 tidak akan mengalami sebarang perubahan.
Untuk senarai lengkap nombor saluran-saluran yang ditawarkan oleh Astro boleh diakses menerusi pautan ini.
YouTube Mula Menghadkan Penstriman Pada Resolusi 480p Sahaja Di India
Minggu lalu YouTube mula menetapkan skrin lalai mereka ke resolusi 480p ke seluruh dunia bagi mengurangkan beban rangkaian Internet dunia akibat wabak Covid-19. Tetapi di India langkah yang lebih drastik mula dilakukan YouTube dengan hanya membenarkan penstriman pada resolusi maksimum 480P sahaja.
Menurut laporan XDA, pengguna di beberapa kawasan di India hanya dibenarkan menstrim pada resolusi maksimum 480p sahaja apabila menggunakan aplikasi Android. Tiada pilihan untuk resolusi lebih tinggi tetapi mereka boleh mengurangkan kualiti ke 360p. 240p dan 144p sekiranya perlu. Pada waktu ini YouTube hanya mengenakan had resolusi ini pada aplikasi telefon pintar tetapi tidak pada desktop.
Dengan semakin banyak negara menggunakan perintah kekangan pergerakan dan perintah berkurung, mungkin had penstriman seperti di India ini akan dikembangkan ke peringkat global kelak.