Umum mengetahui bakat dan kebolehan memasak Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Baginda Permaisuri seringkali mendapat perhatian orang ramai apabila sanggup mencemar duli dan menyediakan sendiri makanan buat rakyat jelata.
Terkini, keperibadian Baginda Permaisuri turut mendapat sanjungan netizen luar negara yang memuji baginda kerana jasanya memasak untuk petugas barisan hadapan COVID-19.
Perkongsian artikel sebuah portal luar negara oleh netizen bernama Caveharaa itu mendapat lebih 7.2 ribu tanda suka dan 3.6 ribu ulang kicau.
I don’t know much about Malaysia but wow, MashaAllah. https://t.co/k9gegwKDiD
— caveheraa (@caveheraa) March 30, 2020
Kekaguman Caveharaa turut dipersetujui oleh warga maya yang lain.
Kandungan
Beliau seorang permaisuri yang baik dan bermurah hati
Moga mereka berjaya, moga Tuhan lindungi Malaysia
Muslim di Malaysia antara muslim terbaik
Sementara itu, ramai warga Malaysia yang turut meluahkan rasa bangga dan kesetiaan terhadap baginda.
Selain itu, perkongsian daripada Tuanku Permaisuri turut menarik perhatian sebuah portal media dari United Kingdom yang menerbitkan sebuah artikel untuk Baginda Permaisuri.
YouTube Mula Menghadkan Penstriman Pada Resolusi 480p Sahaja Di India
Minggu lalu YouTube mula menetapkan skrin lalai mereka ke resolusi 480p ke seluruh dunia bagi mengurangkan beban rangkaian Internet dunia akibat wabak Covid-19. Tetapi di India langkah yang lebih drastik mula dilakukan YouTube dengan hanya membenarkan penstriman pada resolusi maksimum 480P sahaja.
Menurut laporan XDA, pengguna di beberapa kawasan di India hanya dibenarkan menstrim pada resolusi maksimum 480p sahaja apabila menggunakan aplikasi Android. Tiada pilihan untuk resolusi lebih tinggi tetapi mereka boleh mengurangkan kualiti ke 360p. 240p dan 144p sekiranya perlu. Pada waktu ini YouTube hanya mengenakan had resolusi ini pada aplikasi telefon pintar tetapi tidak pada desktop.
Dengan semakin banyak negara menggunakan perintah kekangan pergerakan dan perintah berkurung, mungkin had penstriman seperti di India ini akan dikembangkan ke peringkat global kelak.