Seramai 6 remaja bawah umur mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kesemua tertuduh membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan.
Mengikut kertas pertuduhan, kesemua tertuduh antara yang ditahan dalam Ops COVID-19 bermula 18 Mac lalu.
Mereka didakwa mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan jaminan RM1,000 bagi setiap seorang sebelum mendapatkan laporan akhlak dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Prosiding bagi kesemua tertuduh akan disebut semula pada 19 Mei dan 24 Jun yang tertakluk dibawah bidang kuasa Mahkamah Kanak-Kanak.
Pendakwaan dijalankan oleh Insp Mohd Fairus Bin Rosly.
#KraiCops
#OpCovid19
#MCO
#PKP
#StayAtHome
#StaySafe
Kelak WhatsApp Boleh Digunakan Pada Lebih Dari Satu Peranti Serentak
Saya bukanlah pengguna tegar WhatsApp kerana pertama sekali ia hanya boleh digunakan pada satu peranti pada satu-satu masa. Sebagai insan yang kerap bertukar peranti untuk ulasan, proses mengaktifkan WhatsApp ada peranti baharu amat melecehkan. Tetapi ini mungkin akan dapat diselesaikan jika WhatsApp menyokong penggunaan pada lebih pada satu peranti serentak.
Menurut WaBetaInfo, ciri ini sedang dibangunkan oleh pihak WhatsApp. Apabila diaktifkan, pengguna akan menerima mesej akaun mereka akan digunakan pada peranti lain sebagai langkah keselamatan. Ciri sedang diuji pada WhatsApp Beta 2.20.110 untuk peranti Android.
Selain sokongan multi peranti serentak, WhatsApp juga masih menguji ciri mesej yang akan terpadam secara automatik. Seperti kami laporkan sebelum ini mesej boleh dipadam secara automatik selepas 1 hari, 1 minggu atau 1 bulan mengikut kehendak penghantar mesej.
Walaupun kesemua ciri-ciri ini sedang diuji ia tidak bererti ia akan diberikan kepada pengguna secepat mungkin. Mod tema gelap yang baru diaktifkan kepada semua tiga minggu yang lalu menjalani proses ujian selama hampir setahun.