Malaysia Kecam Serangan Peluru Berpandu Ke Arah Arab Saudi

Posted on

Dalam pada dunia sedang berperang dengan wabak COVID-19, masih ada pihak yang mengambil kesempatan untuk menyerang dan menindas beberapa negara untuk kepentingan mereka. Kita juga ada mendengar bahawa Israel tetap terus melakukan kekejaman ke atas bumi Gaza dan terbaru, Arab Saudi juga terus ditekan dengan peluru berpandu.

Disebabkan itu, kerajaan Malaysia turut mengutuk sekeras-kerasnya terhadap serangan peluru berpandu yang dilakukan oleh puak pemberontak Houthi ke arah Arab Saudi pada 27 dan 28 Mac baru-baru ini.

 Serangan itu sememangnya tidak boleh diterima dan melampau, terutamanya apabila masyarakat antarabangsa sedang menggemblengkan usaha bagi menangani pandemik COVID-19 dan kesannya ke atas nyawa ribuah manusia di seluruh dunia dan ke atas ekonomi sejagat. – Kata kementerian Luar Malaysia.

Bagaimanapun, pertahanan Arab Saudi melaporkan berjaya memintas peluru berpandu yang disasarkan ke arah bandar Abha, Khamis Mushait, Riyadh dan Jazan.

Sumber: Bernama

Kelak WhatsApp Boleh Digunakan Pada Lebih Dari Satu Peranti Serentak

Saya bukanlah pengguna tegar WhatsApp kerana pertama sekali ia hanya boleh digunakan pada satu peranti pada satu-satu masa. Sebagai insan yang kerap bertukar peranti untuk ulasan, proses mengaktifkan WhatsApp ada peranti baharu amat melecehkan. Tetapi ini mungkin akan dapat diselesaikan jika WhatsApp menyokong penggunaan pada lebih pada satu peranti serentak.

Menurut WaBetaInfo, ciri ini sedang dibangunkan oleh pihak WhatsApp. Apabila diaktifkan, pengguna akan menerima mesej akaun mereka akan digunakan pada peranti lain sebagai langkah keselamatan. Ciri sedang diuji pada WhatsApp Beta 2.20.110 untuk peranti Android.

Selain sokongan multi peranti serentak, WhatsApp juga masih menguji ciri mesej yang akan terpadam secara automatik. Seperti kami laporkan sebelum ini mesej boleh dipadam secara automatik selepas 1 hari, 1 minggu atau 1 bulan mengikut kehendak penghantar mesej.

Walaupun kesemua ciri-ciri ini sedang diuji ia tidak bererti ia akan diberikan kepada pengguna secepat mungkin. Mod tema gelap yang baru diaktifkan kepada semua tiga minggu yang lalu menjalani proses ujian selama hampir setahun.

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.