Kerajaan Kelantan memohon rakyatnya menukar selera ke beras tempatan dan mengakui tidak mampu untuk memenuhi kehendak rakyatnya yang mendambakan beras dari Thailand sebagai makanan ruji harian.
Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, rakyat Kelantan harus belajar menyesuaikan diri dengan keadaan semasa yang menyaksikan beras dari seberang sempadan semakin sukar diperolehi.
BACA: Permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Semakan Dan Pembayaran
“Kerajaan Thailand pun sudah menutup sempadannya, jadi isu nak makan beras Thai ini itu di luar kemampuan kerajaan (negeri).
“Tetapi, saya rasa elok sesuaikan diri kita dengan suasana. Kena belajarlah. Dalam keadaan begini, nak buat macamana, itu masalah orang menjual, bukan kerajaan,” tegasnya.
Tinjauan Astro AWANI baru-baru ini mendapati harga beras seludup dari Thailand sudah mencecah sehingga RM48 untuk setiap pek 10 kilogram, naik RM16 daripada biasa.
BACA: Cara Mohon Pengeluaran i-Lestari KWSP Secara Online / Emel / Pos
Peniaga juga mengakui bekalan beras seludup dari seberang ini tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan rakyat Kelantan.
sumber : astro awani
YouTube Mula Menghadkan Penstriman Pada Resolusi 480p Sahaja Di India
Minggu lalu YouTube mula menetapkan skrin lalai mereka ke resolusi 480p ke seluruh dunia bagi mengurangkan beban rangkaian Internet dunia akibat wabak Covid-19. Tetapi di India langkah yang lebih drastik mula dilakukan YouTube dengan hanya membenarkan penstriman pada resolusi maksimum 480P sahaja.
Menurut laporan XDA, pengguna di beberapa kawasan di India hanya dibenarkan menstrim pada resolusi maksimum 480p sahaja apabila menggunakan aplikasi Android. Tiada pilihan untuk resolusi lebih tinggi tetapi mereka boleh mengurangkan kualiti ke 360p. 240p dan 144p sekiranya perlu. Pada waktu ini YouTube hanya mengenakan had resolusi ini pada aplikasi telefon pintar tetapi tidak pada desktop.
Dengan semakin banyak negara menggunakan perintah kekangan pergerakan dan perintah berkurung, mungkin had penstriman seperti di India ini akan dikembangkan ke peringkat global kelak.