DALAM tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Kedua ini, sudah tentu masyarakat agak terkekang untuk bergerak ke mana-mana, lebih-lebih lagi jika mahu membeli barang dapur dan makanan harian.
Namun, bagi seorang pengusaha ayam segar, tempoh pelaksanaan PKP ini sebaliknya dijadikan peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat di sekitarnya yang memerlukan.
Kongsi Rezeki Ketika COVID-19
Pemilik sebuah syarikat pembekal ayam segar, Baharudin Ahmad dan isteri, Norliza Muhd Yunos telah menjalankan khidmat bakti mereka dengan melaksanakan edaran bantuan ayam segar percuma buat seluruh warga Kampung Parit Baru dan Kampung Batu 30, Pontian, Johor baru-baru ini.
Menurut mereka, sebanyak 1,000 ekor ayam segar telah disumbangkan kepada penerima setakat ini.
“Sudah 1,000 lebih ayam sudah disumbangkan.
“Kini sumbangan masih diteruskan, dijangka mungkin 1,500 ekor ayam keseluruhannya,” katanya.
Difahamkan, walaupun kilangnya masih beroperasi tetapi hanya sekadar pada tahap minimum ekoran patuh pada pelaksanaan PKP.
“Edaran sumbangan bermula pada Khamis lepas hingga Sabtu bersama dengan pekerja dan ketua kampung untuk memastikan tiada yang tertinggal atau ada erti pilih kasih.
“Memandangkan tweet kami tular, kami telah memanjangkan lagi sumbangan untuk golongan yang memerlukan di sekitar kawasan kami,” tambahnya lagi.
Lebih menghayat hati, mereka menambah, sumbangan ayam segar tersebut turut sampai kepada penerima yang memang betul-betul sedang memerlukan bantuan.
“Ada yang satu rumah sampai 18 orang isi rumah dan mereka amat memerlukan bantuan makanan.
“Ramai penerima menghargai sumbangan tersebut kerana ia merupakan sumbangan terawal mereka dapat memandangkan sumbangan-sumbangan lain ambil masa untuk sampai ke pihak mereka,” jelasnya.
Memetik sedikit kapsyen yang ditulis pada gambar di Instagram tersebut,
Kita sama2 kongsi rezeki di dalam keadaan ekonomi yang tidak mengizinkan. Insya Allah, di masa akan datang, akan lebih banyak bantuan dari pihak syarikat.
Semoga usaha pengusaha ayam segar ini mendapat ganjaran dan kebaikan berlipat ganda daripada Allah SWT atas usaha mereka membantu masyarakat yang terbeban.
Terima kasih rakyat Malaysia!
Honor 30 Disahkan Menggunakan Sensor 50MP Sony IMX700
Ramai yang menantikan pelancaran Honor 30 pada 15 April ini kerana secara tradisinya mereka menawarkan kemampuan setanding peranti Huawei pada harga yang tidak merobekkan dompet. Meskipun masih berteka-teki mengenai spesifikasi utamanya, misteri mengenai salah satu kamera yang digunakan telah terungkai.
GSMArena mendapat akses kepada rekaan kamera Honor 30. Ia jelas menunjukkan penggunaan sensor 50MP Sony IMX770 untuk kamera utamanya dan sistem pemfokusan Octa PD. Meskipun butiran lanjut mengenainya masih belum dikongsi, namun sumber mendakwa ia akan menjadi sensor terbaik daripada Sony dengan prestasi kamera yang sama dengan barisan siri Huawei P40.
Selain itu, sensor 50MP ini akan diiringi oleh sokongan tiga lagi lensa berbeza yang mana salah satu daripadanya adalah lensa periskop berbentuk empat segi. Peranti ini juga mungkin dilengkapi dengan sokongan dua flash LED.
Tinggal dua minggu sahaja lagi sebelum Honor 30 dilancarkan secara rasmi. Dengan Huawei P40 dijual pada harga RM2799 di Malaysia, kita boleh mengagak Honor 30 kelak akan dijual pada harga lebih rendah.