Semua Bazar Ramadan Tidak Dibenarkan Sepanjang Tempoh PKP- Ment. Pertahanan

Posted on

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi memaklumkan semua aktiviti bazar Ramadan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak dibenarkan.

“Mesyuarat pagi tadi memutuskan bahawa selagi PKP dilaksanakan, semua pasar Ramadhan tidak dibenarkan,” jelasnya dalam sidang media Kementerian Pertahanan sebentar tadi.

Bagaimanapun katanya, jika PKP ini ditamatkan, pihak MKN akan menyediakan satu SOP selepas PKP yang akan ditentukan sama ada boleh dilaksanakan dengan SOP tertentu.

“Walaubagaimanapun jika PKP ini ditamatkan, maka pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan menyediakan prosedur operasi standard (SOP) selepas PKP.

”Cuma selagi PKP 2 ini diteruskan, atau tiba-tiba ada PKP lain, pasar Ramadan tidak dibenarkan,” katanya.

Soal berkaitan bazar Ramadhan dan sebagainya akan ditentukan selepas ini mengikut SOP, tambah beliau.

Honor 30 Disahkan Menggunakan Sensor 50MP Sony IMX700

Ramai yang menantikan pelancaran Honor 30 pada 15 April ini kerana secara tradisinya mereka menawarkan kemampuan setanding peranti Huawei pada harga yang tidak merobekkan dompet. Meskipun masih berteka-teki mengenai spesifikasi utamanya, misteri mengenai salah satu kamera yang digunakan telah terungkai.

GSMArena mendapat akses kepada rekaan kamera Honor 30. Ia jelas menunjukkan penggunaan sensor 50MP Sony IMX770 untuk kamera utamanya dan sistem pemfokusan Octa PD. Meskipun butiran lanjut mengenainya masih belum dikongsi, namun sumber mendakwa ia akan menjadi sensor terbaik daripada Sony dengan prestasi kamera yang sama dengan barisan siri Huawei P40.

Selain itu, sensor 50MP ini akan diiringi oleh sokongan tiga lagi lensa berbeza yang mana salah satu daripadanya adalah lensa periskop berbentuk empat segi. Peranti ini juga mungkin dilengkapi dengan sokongan dua flash LED.

Tinggal dua minggu sahaja lagi sebelum Honor 30 dilancarkan secara rasmi. Dengan Huawei P40 dijual pada harga RM2799 di Malaysia, kita boleh mengagak Honor 30 kelak akan dijual pada harga lebih rendah.

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.