Antara aksesori Xiaomi yang popular adalah Power Bank. Ia juga merupakan antara produk terawal yang Xiaomi menjualnya secara rasmi di Malaysia. Tahun demi tahun, sudah pelbagai variasi power bank yang Xiaomi perkenalkan – dari murah sehinggalah yang mahal dan dari pengecasan biasa sehinggalah sokongan pengecasan pantas.
Terkini, poster promosi power bank Xiaomi baru telah tertiris. Ia memperlihatkan sebuah power bank yang menyokong pengecasan pantas nirwayar 30W. Bukan itu sahaja, power bank ini adalah power bank premium dengan kerangka diperbuat daripada kulit atau seramik. Ia disasarkan untuk digunakan pada Xiaomi Mi 10 Pro yang menyokong pengecasan pantas nirwayar 30W.
BACA: Huawei P40 Pro Dan P40 Pro+ Menggunakan Skrin Keluaran Samsung
Untuk kuasa pengecasan berwayar, ia menyokong sehingga 65W agar boleh mengecas komputer riba sepert MacBook. Power bank ini turut dikatakan menyokong penyelarian dengan aplikas mengawal peranti berhubung Mijia. Masih tidak pasti apa tujuannya, mungkin pemantauan pengecasan peranti dan power bank itu sendiri.
Daripada poster, variasi kulit akan dijual pada harga RMB 349 dan variasi seramik akan dijual pada harga RMB 399. Jika diubah mata wang, harga dalam mata wang tempatan adalah sekitar RM214 – RM245.
SUMBER : GIZMOCHINA