PKP: Harga beras Siam naik mendadak

Posted on

Langkah kerajaan memperketatkan lagi keluar masuk kawasan sempadan Malaysia -Thailand dan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan harga beras Siam naik secara mendadak.

Tinjauan Sinar Harian di Pasar Tasek Raja di sini mendapati beras siam masih dijual tetapi harganya menunjukkan peningkatan ketara berbanding sebelum penularan koronavirus (Covid-19).

BACA: Xiaomi Akan Melancarkan Power Bank 20,000mAh Dengan Pengecasan Pantas Nirwayar 30W Pada 9 April Ini

Difahamkan harga sekampit beras berkenaan yang seberat 5 kilogram (kg) dijual antara RM20 hingga RM25 ketika ini bergantung kepada jenama berbanding hanya sekitar RM12 hingga RM15 sebelum ini.

Antara jenama beras Siam yang popular dalam kalangan masyarakat di negeri ini ialah Nangka, Basikal, Pauh, Pelita dan Pisang.

BACA: Harga RON95 Jatuh RM1.30 Seliter Bermula Esok Sehingga 10 April 2020

Seorang pengguna, Mohammad Azmi Yusoff, 39, berkata, kebanyakan pembeli sudah sedia maklum mengenai kenaikan harga itu kerana stok bekalan yang semakin berkurangan di pasaran ketika ini.

“Beras Siam bukan barangan kawalan dan harganya bergantung kepada pembekal. Bagaimanapun, semua terpulang kepada diri sendiri. Jika ada rezeki lebih boleh beli beras Siam,” katanya.

Menurutnya, sebagai pengguna tegar beras Siam dia berharap pembekal tidak menaikkan lagi harga sepanjang tempoh PKP kerana berkemungkinan penggemarnya boleh beralih kepada beras tempatan.

Seorang lagi pengguna, Radzi Hammad, 55, memilih beras Siam kerana lebih berkualiti.

Katanya, dia tidak berkira dengan harganya kerana beras Siam tidak mudah basi.

BACA: Permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Semakan Dan Pembayaran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.