COVID-19: Vaksin Dijangka Diperoleh Dalam Masa Setahun

Posted on

Vaksin untuk COVID-19 dijangka berada di pasaran dalam masa setahun dan kajian ke atasnya masih lagi di fasa awal, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) masih lagi meneliti beberapa sebatian dan melakukan penyelidikan untuk membangunkan vaksin penyakit ini.

“Maka, ia mungkin mengambil masa kira-kira setahun atau setahun setengah sebelum kami memperoleh vaksin itu di pasaran.

Penyelidikan masih lagi berjalan dan diharap dengan melakukan penyelidikan, kami akan memperoleh vaksin secepat mungkin,” katanya dalam sidang media harian media mengenai COVID -19, di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Dr Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menerima beberapa pesakit COVID-19 yang telah sembuh dan dibenarkan keluar wad, untuk menjadi sukarelawan bagi penyelidikan berkenaan plasma darah.

“Ada dua, tiga pesakit, yang telah sembuh, tampil ke depan untuk menyumbang kepada sains dan teknologi.

Mereka mendermakan darah mereka untuk membantu KKM melaksanakan penyelidikan dan sains untuk melihat kepekatan antibodi (yang akan digunakan untuk merawat pesakit COVID-19),” katanya.

Beliau berkata KKM terlebih dahulu akan menyaring darah penderma (bekas pesakit) bagi memastikan ia bebas daripada jangkitan kuman lain seperti Hepatitis C dan sebagainya.

KKM juga akan sekali lagi melakukan test COVID-19 ke atas darah penderma bagi memastikan mereka benar-benar bebas daripada virus itu.

“Selepas itu, KKM akan mengambil darah mereka dan mengasingkan darah merah dan plasma. Plasma ini kemudiannya akan dihantar ke IMR (Institut Penyelidikan Perubatan) untuk dibuat kajian ke atas kepekatan antibodi.

“Prosedur ini akan diulang selepas dua minggu. Kalau antibodi tinggi, besar kemungkinan (KKM) akan guna plasma daripada pesakit (yang telah sembuh) untuk merawat pesakit lain,” katanya.

Honor 30 Disahkan Menggunakan Sensor 50MP Sony IMX700

Ramai yang menantikan pelancaran Honor 30 pada 15 April ini kerana secara tradisinya mereka menawarkan kemampuan setanding peranti Huawei pada harga yang tidak merobekkan dompet. Meskipun masih berteka-teki mengenai spesifikasi utamanya, misteri mengenai salah satu kamera yang digunakan telah terungkai.

GSMArena mendapat akses kepada rekaan kamera Honor 30. Ia jelas menunjukkan penggunaan sensor 50MP Sony IMX770 untuk kamera utamanya dan sistem pemfokusan Octa PD. Meskipun butiran lanjut mengenainya masih belum dikongsi, namun sumber mendakwa ia akan menjadi sensor terbaik daripada Sony dengan prestasi kamera yang sama dengan barisan siri Huawei P40.

Selain itu, sensor 50MP ini akan diiringi oleh sokongan tiga lagi lensa berbeza yang mana salah satu daripadanya adalah lensa periskop berbentuk empat segi. Peranti ini juga mungkin dilengkapi dengan sokongan dua flash LED.

Tinggal dua minggu sahaja lagi sebelum Honor 30 dilancarkan secara rasmi. Dengan Huawei P40 dijual pada harga RM2799 di Malaysia, kita boleh mengagak Honor 30 kelak akan dijual pada harga lebih rendah.

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.