Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan bahawa terdapat satu kluster daripada kes positif yang mempunyai sejarah perjalanan ke Itali.
Menurut Dr Noor Hisham, kluster ini adalah merupakan kes yang ke 1,580. Difahamkan, seramai 37 orang telah disahkan positif dijangkiti daripada kluster tersebut serta satu yang sedang kritikal dan memerlukan alat bantuan pernafasan.
Terdapat satu kluster daripada kes positif yang mempunyai sejarah perjalanan ke Itali (kes 1,580).
Setakat ini, 37 orang disahkan positif daripada kluster itu termasuk 5 kematian (kes 1031, 1032, 1006, 2850 dan 2210) serta satu kes kritikal yg memerlukan bantuan pernafasan.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) April 5, 2020
Menurutnya lagi, kluster ini telah melibatkan jangkitan sehingga generasi ketiga di Kuching, Sarawak.
Selain dari itu, beliau juga turut menggesa masyarakat supaya bersikap jujur dalam memberi maklumat apabila disoal oleh petugas kesihatan.
Kluster ini telah melibatkan jangkitan sehingga generasi ketiga di Kuching, Sarawak.
Setakat 5 April (12pm), 180 negara telah terjejas akibat COVID-19 dan sememangnya ada risiko kes import menular di negara ini.
Justeru, amat penting masyarakat JUJUR beri maklumat jika:
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) April 5, 2020
1. Mempunyai kontak rapat dgn kes positif COVID-19.
2. Sejarah perjalanan ke luar negara atau
3. Kehadiran ke perhimpunan yang telah diumumkan KKM sebagai berkait rapat dgn penularan jangkitan COVID-19 di Malaysia. - Ketua Pengarah Kesihatan @DGHisham— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) April 5, 2020
Honor 30 Disahkan Menggunakan Sensor 50MP Sony IMX700
Ramai yang menantikan pelancaran Honor 30 pada 15 April ini kerana secara tradisinya mereka menawarkan kemampuan setanding peranti Huawei pada harga yang tidak merobekkan dompet. Meskipun masih berteka-teki mengenai spesifikasi utamanya, misteri mengenai salah satu kamera yang digunakan telah terungkai.
GSMArena mendapat akses kepada rekaan kamera Honor 30. Ia jelas menunjukkan penggunaan sensor 50MP Sony IMX770 untuk kamera utamanya dan sistem pemfokusan Octa PD. Meskipun butiran lanjut mengenainya masih belum dikongsi, namun sumber mendakwa ia akan menjadi sensor terbaik daripada Sony dengan prestasi kamera yang sama dengan barisan siri Huawei P40.
Selain itu, sensor 50MP ini akan diiringi oleh sokongan tiga lagi lensa berbeza yang mana salah satu daripadanya adalah lensa periskop berbentuk empat segi. Peranti ini juga mungkin dilengkapi dengan sokongan dua flash LED.
Tinggal dua minggu sahaja lagi sebelum Honor 30 dilancarkan secara rasmi. Dengan Huawei P40 dijual pada harga RM2799 di Malaysia, kita boleh mengagak Honor 30 kelak akan dijual pada harga lebih rendah.