“Finally Covid-19 Free,” Keluarga Dr. Samsu Ambia Disahkan Sembuh Sepenuhnya

Posted on

Keluarga Pakar dan Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Teluk Intan, Perak, Dr Samsu Ambia Ismail yang sebelum ini positif COVID-19, kini disahkan telah sembuh.

Berita gembira itu dikongsikan anak sulung keluarga itu, Erika Syamim Samsu Ambia, 17, di laman Twitter malam ini.

Dalam satu kiriman, beliau berkongsi sekeping foto mereka sekeluarga dengan kapsyen “Finally COVID free!!”

Sebelum itu, beliau memuat naik sebuah video TikTok yang menyaksikan mereka sekeluarga menukar pakaian hospital kepada pakaian biasa.

“Okay so kitorang sekeluarga dah discharged! Thank you so much for all the kind prayers. Here’s probably our last TikTok together dekat hospital,” tulisnya.

Perkongsian gadis itu dihujani rasa gembira dan syukur para netizen yang mendoakan mereka sekeluarga diberi kesihatan baik berpanjangan.

Sementara itu, dalam perbualan dengan Bernama di Twitter, Erika Syamim berkata mereka disahkan sembuh selepas menjalani tiga ujian dan kini perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.

“We have to (adhere) to strict quarantine. Food and raw materials will be sent to us by authorities,” katanya. (Kami perlu mematuhi kuarantin yang ketat. Pihak berkuasa akan menghantar makanan dan bahan asas kepada kami).

Erika Syamim dan empat adiknya yang berusia antara 8 dan 15 tahun sebelum ini menjadi perbualan di media sosial selepas beliau berkongsi video TikTok mereka yang sedang dikuarantin di hospital.

Dalam pada itu, katanya, mereka sekeluarga kini dalam proses mencuci dan nyah kumah kediaman mereka.

“Sekarang kami luangkan masa as a healthy family (sebagai keluarga yang sihat) di rumah. And we also helping out there who are asking us about this disease (Kami juga membantu mereka yang bertanya di luar sana mengenai penyakit ini),” jelasnya.

Erika Syamim berkata selepas tamat kuarantin 14 hari di rumah, bapanya boleh kembali bertugas dan mereka boleh melakukan aktiviti normal sebagai sebuah keluarga.

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.