Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerusi ciapan di akaun Twitter rasmi memaklumkan bahawa orang ramai boleh membuat semakan BPN secara online iaitu semak status kelayakan Bantuan Prihatin Nasional bermula 1 April 2020. Pemberian bantuan kewangan secara one off berjumlah RM500 hingga RM1,600 mengikut kategori isi rumah/ bujang golongan B40 dan M40 adalah sebahagian daripada inisiatif di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).
BACA JUGA : Permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Semakan Dan Pembayaran
Disebabkan aliran trafik yang amat tinggi di Portal Rasmi BPN menyebabkan orang ramai menghadapi kesukaran dalam membuat permohonan, semakan serta rayuan BPN. Oleh itu, orang ramai adalah dinasihatkan untuk tidak perlu berpusu-pusu membuat semakan kelayakan BPN kerana ianya boleh disemak pada bila-bila masa sehingga 30 April 2020.
Kandungan
Semakan Status Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
Berikut adalah cara mudah untuk membuat semakan BPN secara online di Portal Rasmi Bantuan Prihatin Nasional :-
Langkah-Langkah Membuat Semakan BPN Online
Klik BPN ONLINE
i) Masukkan No. Kad Pengenalan (NO I/C) – hanya menggunakan MyKad (12 Digit) sahaja. Klik Butang Semak untuk membuat semakan
ii) Keputusan akan dipaparkan. Terdapat (4) Empat Status Permohonan yang akan dipaparkan :-
- i. Lulus
- ii. Tidak Lulus
- iii. Tiada Rekod
- iv. Tidak Layak
TIADA REKOD
iii) Sekiranya status semakan adalah “TIADA REKOD”, orang ramai boleh membuat permohonan baharu dengan klik “Permohonan Baharu” bermula 1 April 2020 sehingga 30 April 2020
- Isikan Maklumat Pemohon dengan tepat dan lengkap berserta Maklumat pasangan (jika berkahwin) dan maklumat waris diruangan yang disediakan
- Klik pada butang Teruskan untuk ke laman pengesahan
- Akuan Pengesahan pemilik pemohon hendaklah di Tick, menandakan pemohon adalah bersetuju dengan Syarat-syarat permohonan yang ditetapkan
- Setelah Permohonan Berjaya dihantar pemohon boleh untuk mendaftar pemohon diberi pilihan untuk mendaftar akaun bagi tujuan Log Masuk. Jika tidak Pemohon boleh memilih untuk Butang Tidak
- Pemohon yang ingin mendaftar Akaun dikehendaki mendaftar Kata Kunci Keselamatan dan
Memilih 5 (Lima) pilihan soalan keselamatan - *Format kata kunci keselamatan adalah: Hanya huruf dan nombor sahaja dan Aksara khas / Simbol tidak dibenarkan
- Kata Laluan juga perlu didaftarkan bagi urusan Log Masuk. Kekuatan Kata Laluan ditentukan oleh warna. Kata Laluan yang Bagus dan unik adalah berwarna Hijau
- Selesai Pendaftaran Akaun, Pemohon boleh klik Butang Log Masuk untuk Log Masuk menggunakan kata Laluan yang didaftarkan dan membuat semakan borang permohonan yang didaftarkan
TIDAK LULUS
iv) Sekiranya status semakan adalah “TIDAK LULUS”, anda boleh membuat rayuan di butang Permohonan Rayuan bermula 3 April 2020
- Jika Pemohon belum mendaftar ID, Pemohon perlu mendaftar ID terlebih dahulu untuk membuat permohonan rayuan. Klik butang Daftar Akaun untuk memdaftar ID
- Pemohon dikehendaki menjawap Soalan Keselematan berdasarkan Maklumat yang telah didaftarkan pada borang permohonan. Terdapat 2 (dua) soalan yang perlu dijawab
- Setelah Berjaya menjawab 2 soalan keselamatan. Pemohon yang ingin mendaftar Akaun dikehendaki mendaftar Kata Kunci Keselamatan dan Memilih 5 (Lima) pilihan soalan FRASA KESELAMATAN
- *Format kata kunci keselamatan adalah: Hanya huruf dan nombor sahaja dan Aksara khas / Simbol tidak dibenarkan
- Kata Laluan juga perlu didaftarkan bagi urusan Log Masuk. Kekuatan Kata Laluan ditentukan oleh warna. Kata Laluan yang Bagus dan Unik adalah berwarna Hijau.
- Selesai Pendaftaran Akaun, Pemohon boleh klik Butang Log Masuk untuk Log Masuk menggunakan kata Laluan yang didaftarkan dan membuat permohonan rayuan Bantuan Prihatin Nasional
- Log Masuk ke Borang Permohonan Rayuan menggunakan ID dan kata Laluan yang telah didaftarkan
- Paparan Borang akan dipapar setelah Log Masuk Berjaya. Kemaskini Maklumat dengan tepat dan lengkap. Dan klik butang hantar di ruangan pengesahan setelah selesai kemaskini maklumat
Muat Turun Panduan Pengguna
NOTA : Semua penerima Bantuan Prihatin Nasional akan menerima SMS atau e-mel secara berperingkat mulai 1 April 2020.
- > NO SMS yang betul : 62000 atau 63833
- > e-Mel yang betul : Pastikan e-mel yang diterima adalah dari no_reply@hasil.gov.my
Orang ramai adalah dinasihatkan untuk tidak memberikan maklumat peribadi kepada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab bagi mengelakkan penipuan.
Maklumat Lanjut
Soalan Lazim berkaitan Bantuan Prihatin Nasional boleh dirujuk di FAQ BPN
Jika ada sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi :-
CARA HUBUNGI
- Kementerian Kewangan03-8882 9089/ 03-8882 9087/ 03-8882 4565/ 03-8882 9191/ 03-8882 4566
(Waktu Operasi : 9.00 a.m hingga 5.00 p.m bermula 20 Mac 2020)e-mel : bsh@treasury.gov.my atau pre2020@treasury.gov.my - LHDNM1-800 882 747 atau 03-8911 1000
(jam 9 pagi – 5 petang Ahad hingga Jumaat bermula 30 Mac 2020)