Berlansungnya sidang media Perutusan Khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaassin pada hari ini, 6 April 2020. Beliau meneliti semula rancangan pakej ekonomi tersebut untuk memudahkan rakyat semasa tempok Perintah Kawalan Pergerakan untuk menangani wabak Covid-19.
Terkini, kerajaan akan memberi potongan cukai tambahan kepada pemilik bangunan dan premis jika mereka memberi penangguhan atau memberi bayaran separuh harga untuk penyewa.
Xiaomi Mi 10 Lite 5G Melepasi Pengesahan SIRIM Di Malaysia
Dunia masih terus berputar walaupun majoriti insan kini terperangkap di rumah bagi merendah keluk epidemik. Dalam diam sebuah peranti bahari juga telah melepas pengesahan SIRIM menunjukkan pelancarannya yang semakin hampir. Kali ini tiba giliran Xiaomi Mi 10 Lite 5G,
Peranti kelas pertengahan dengan cip Snapdragon 765G ini melepasi pengesahan pada 2 April yang lalu. Setakat yang diketahui peranti ini dilengkapi skrin 6.57-inci AMOLED FHD+ dengan pengimbas cap jari dalam skrin. kamera utama 48-Megapixel. kamera hadapan 16-Megapixel dan bateri sebesar 4160 mAh. Bateri peranti walau bagaimanapun hanya menyokong pengecasan 20W menerusi port USB-C.
Kamera utama yang adalah dari jenis kuad-kamera dalam susunan matrik 2×2 yang masih belum diumumkan konfigurasi lensanya pada majlis pelancaran. Tetapi sekilas pandang menyamai apa yang digunakan pada Redmi Note 9s yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia. Kamera hadapan pula diletakkan pada takuk bersaiz kecil.