Kementerian Kesihatan (KKM) melalui posting di Facebook menunjukkan statistik taburan kes mengikut negeri dan daerah yang dikemaskini jam 12pm hari ini.
Melalui rajah tersebut, pertambahan kawasan zon merah dapat dilihat jelas dan Cheras antara salah satu daripadanya.
KKM memaklumkan keseluruhan zon merah setakat tengah hari tadi, dengan 18 daerah secara total termasuk Hulu Langat (318), Petaling (292), Kuching (165), Seremban (156) dan Kluang (147).
Turut mencatatkan kes tinggi adalah Johor Baharu dengan 139 kes positif, Gombak (100) dan Klang (109).
Ia disusuli Kinta dengan 84 kes, Kota Bharu (82), Tawau (67), Hilir Perak (65), Jerantut (60) dan Batu Pahat (47).
Xiaomi Mi 10 Lite 5G Melepasi Pengesahan SIRIM Di Malaysia
Dunia masih terus berputar walaupun majoriti insan kini terperangkap di rumah bagi merendah keluk epidemik. Dalam diam sebuah peranti bahari juga telah melepas pengesahan SIRIM menunjukkan pelancarannya yang semakin hampir. Kali ini tiba giliran Xiaomi Mi 10 Lite 5G,
Peranti kelas pertengahan dengan cip Snapdragon 765G ini melepasi pengesahan pada 2 April yang lalu. Setakat yang diketahui peranti ini dilengkapi skrin 6.57-inci AMOLED FHD+ dengan pengimbas cap jari dalam skrin. kamera utama 48-Megapixel. kamera hadapan 16-Megapixel dan bateri sebesar 4160 mAh. Bateri peranti walau bagaimanapun hanya menyokong pengecasan 20W menerusi port USB-C.
Kamera utama yang adalah dari jenis kuad-kamera dalam susunan matrik 2×2 yang masih belum diumumkan konfigurasi lensanya pada majlis pelancaran. Tetapi sekilas pandang menyamai apa yang digunakan pada Redmi Note 9s yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia. Kamera hadapan pula diletakkan pada takuk bersaiz kecil.