1 Kematian Baru COVID-19, Mangsa Pernah Ke Perhimpunan Agama Di Sulawesi

Posted on

Kementerian Kesihatan mengumumkan satu lagi kematian baru akibat COVID-19

”Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan 1 kematian akibat COVID-19 di Malaysia, menjadikan jumlah keseluruhan 63 kes, ujar Ketua Pengarah Kesihatan”, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Jumlah kematian itu merupakan 1.6 peratus dari jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Malaysia.

Kes ke-3,764 merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 71 tahun yang berasal dari Perlis dan mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan keagamaan di Sulawesi, Indonesia pada 17 Mac 2020 sehingga 24 Mac 2020.

Beliau telah dirawat di Hospital Inche Besar Hajah Kalsum pada 5 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 6 April 2020, jam 11 malam.

Xiaomi Mi 10 Lite 5G Melepasi Pengesahan SIRIM Di Malaysia

Dunia masih terus berputar walaupun majoriti insan kini terperangkap di rumah bagi merendah keluk epidemik. Dalam diam sebuah peranti bahari juga telah melepas pengesahan SIRIM menunjukkan pelancarannya yang semakin hampir. Kali ini tiba giliran Xiaomi Mi 10 Lite 5G,

Peranti kelas pertengahan dengan cip Snapdragon 765G ini melepasi pengesahan pada 2 April yang lalu. Setakat yang diketahui peranti ini dilengkapi skrin 6.57-inci AMOLED FHD+ dengan pengimbas cap jari dalam skrin. kamera utama 48-Megapixel. kamera hadapan 16-Megapixel dan bateri sebesar 4160 mAh. Bateri peranti walau bagaimanapun hanya menyokong pengecasan 20W menerusi port USB-C.

Kamera utama yang adalah dari jenis kuad-kamera dalam susunan matrik 2×2 yang masih belum diumumkan konfigurasi lensanya pada majlis pelancaran. Tetapi sekilas pandang menyamai apa yang digunakan pada Redmi Note 9s yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia. Kamera hadapan pula diletakkan pada takuk bersaiz kecil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.