170 Kes Baru COVID-19 Hari Ini, Jumlah Keseluruhan 3,963 Kes

Posted on

Kementerian Kesihatan Malaysia mengumumkan pertambahan sebanyak 170 kes baru COVID-19 di Malaysia.

“Sehingga 7 April, terdapat 170 kes terbaru dilaporkan, menjadikan jumlah kes 3,963 kes.

“Sehingga kini, seramai 92 kes positif sedang dirawat di unit rawatan rapi, 50 kes memerlukan bantuan pernafasan,” lapor Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Xiaomi Mi 10 Lite 5G Melepasi Pengesahan SIRIM Di Malaysia

Dunia masih terus berputar walaupun majoriti insan kini terperangkap di rumah bagi merendah keluk epidemik. Dalam diam sebuah peranti bahari juga telah melepas pengesahan SIRIM menunjukkan pelancarannya yang semakin hampir. Kali ini tiba giliran Xiaomi Mi 10 Lite 5G,

Peranti kelas pertengahan dengan cip Snapdragon 765G ini melepasi pengesahan pada 2 April yang lalu. Setakat yang diketahui peranti ini dilengkapi skrin 6.57-inci AMOLED FHD+ dengan pengimbas cap jari dalam skrin. kamera utama 48-Megapixel. kamera hadapan 16-Megapixel dan bateri sebesar 4160 mAh. Bateri peranti walau bagaimanapun hanya menyokong pengecasan 20W menerusi port USB-C.

Kamera utama yang adalah dari jenis kuad-kamera dalam susunan matrik 2×2 yang masih belum diumumkan konfigurasi lensanya pada majlis pelancaran. Tetapi sekilas pandang menyamai apa yang digunakan pada Redmi Note 9s yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia. Kamera hadapan pula diletakkan pada takuk bersaiz kecil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.