Lelaki Disyaki Dijangkiti Covid-19 Minta Pulang Untuk Sara Keluarga Di Rumah

Posted on

Umum telah mengetahui bahawa dunia kini sedang dilanda dengan wabak pandemik Covid-19. Disebabkan itu, kebanyakan kedai-kedai, pejabat dan premis perniagaan terpaksa ditutup selepas kerajaan membuat keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perlaksanaan PKP ini adalah salah satu langkah yang diperkenalkan untuk membendung penularan wabak tersebut. Mahu tak mahu, pelbagai sektor terpaksa berkorban demi peperangan ini.

Bukan sahaja perniagaan, malah ada juga individu tertentu yang khususnya bekerja makan gaji yang perlu mencari cara untuk mendapatkan duit bagi menampung keluarga di saat-saat getir ini.

Seorang doktor bernama Ahmad Luqman Bukhari ada berkongsikan satu kisah berkenaan seorang individu yang juga merupakan seorang ayah dan suami yang disyaki dijangkiti dengan virus Covid-19. Menurutnya, individu tersebut merayu kepadanya supaya dia dibenarkan pulang ke pangkuan keluarganya kerana bimbang akan makan dan minum keluarganya itu. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

“Doktor, tolonglah. Saya merayu sangat sangat ni. Benarkan saya balik dulu. Kalau susah nafas lagi saya janji saya datang balik.”

Pesakit depan aku ni datang ke bahagian kecemasan sebab sukar bernafas.

Awal tadi dia maklumkan dadanya terasa sempit, seolah olah dia sedang berada di kawasan aras tinggi yang mana kandungan oksigen dalam udaranya makin menipis.

Selepas dipakaikan ‘face mask oxygen’ menutupi hidung dan mulutnya, barulah pernafasannya terasa lancar.

Detail sejarah pesakit diambil, physical examination, blood investigation dan juga pemeriksaan x-ray dada dilakukan.

Kemungkinan besar dijangkiti Covid-19

Hasilnya setelah perbincangan dengan pakar perubatan, kami memutuskan lelaki awal 40-an ini kemungkinan besar antara yang dijangkiti penyakit Covid-19.

Dia perlu ditahan untuk pemeriksaan lanjut dan mesti dimasukkan ke wad isolasi khas bagi penyakit berjangkit untuk proses rawatan.

Sebaik saja keputusan tu dimaklumkan kepadanya, terus dia merayu-rayu mohon supaya tak dimasukkan ke wad.

“Saya ada isteri dan anak anak di rumah. Paling kecil baru je umur 6 bulan. Dah 2 minggu saya tak kerja doktor. Saya kena usaha lagi carikan makanan untuk family saya.

Saya tak boleh duduk kat sini doktor. Tolonglah faham.”

Matanya dah berkaca. Aku tahu dia sedang berusaha menahan tangisan.

Serius aku pun jadi sebak sama. Mujur pakai face shield. Bolehlah cover sikit.

Aku faham sangat apa yang dia nak sampaikan.

Wajib ditahan

Dia ketua keluarga sama macam aku.

Benda paling utama yang berlegar di fikiran kami ialah bagaimana nak pastikan ahli keluarga terus survive pada saat-saat sukar begini.

Bagaimana nak pastikan ada sedikit makanan dapat diletak atas meja makan di rumah sana.

Bagaimana nak pastikan semua ahli keluarga terus kekal selamat di dalam rumah.

Malangnya permintaan tu tak dapat aku tunaikan. Pesakit ni wajib ditahan terlebih dulu demi kebaikan masyarakat yang lebih besar di luar.

Pahit untuk ditelan tapi itulah realiti yang sedang berlaku ketika ini.

Hampir semua pesakit yang datang ke hospital waktu kritikal ni bukan atas kemahuan. Mereka terdesak kerana benar-benar perlukan bantuan.

Namun kerapkali ia berakhir dengan sebuah perpisahan.

Antara ketua keluarga dengan ahli keluarga yang lain.

Antara ibu dengan anak.

Antara suami dengan isteri.

Dan jika penyiasatan lanjut menunjukkan keputusan positif, maka perpisahan itu hanya akan berakhir melalui 2 cara sahaja.

Tak ada jalan lain melainkan menang dalam peperangan ini

Pesakit sembuh sepenuhnya lalu berpeluang untuk kembali memeluk semua kesayangannya.

Atau ianya berakhir dengan sebuah kematian yang menatijahkan perpisahan kekal buat selamanya.

Sebab itu suka atau tak, kita sebenarnya kena terima hakikat bahawa dah tak ada jalan lain yang terbentang di depan melainkan kita semua wajib menangi peperangan ini.

Kawan-kawan,

Kalian mesti terus kuat.

Usahalah untuk terus kekal bertahan di balik dinding rumah dan kami akan cuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik di baris depan.

InsyaAllah.

Join Telegram

Apple Dilaporkan Ingin Menghentikan Jualan Produk Beats

Beats Electronics diambil alih oleh Apple pada tahun 2014 pada harga $3 bilion. Jenama ini mempunyai reputasi sebagai peralatan audio yang digunakan oleh golongan selebriti dan kerap dilihat di dalam video muzik. Fon kepalanya pernah menjadi simbol status seperti AirPods beberapa tahun yang lalu. Tetapi kini kedengaran ura-ura Apple akan menghentikan jualan aksesori audio Beats.

Menurut Jon Prosser seorang penganalisa teknologi, Apple akan melancarkan sepasang fon kepala ketika WWDC dan AirPods X pada bulan September hadapan. Ura-ura mengenai fon kepala berjenama Apple telah didengari sejak 2018. Fon kepala ini akan bersaing dalam kelas yang sama seperti Bose 700 manakala AirPods X adalah pengganti kepada Beats X yang menyasarkan pengguna yang gemar bersukan,

Selepas kedua-dia aksesori audio Apple ini dilancarkan, pengeluaran aksesori audio Beats akan dihentikan. Malahan tambah beliau lagi produk Beats kini mula ditawarkan pada potongan harga 40% untuk mengurangkan inventori sedia ada.

Sejak diambil alih oleh Apple, imej Beats sebagai pengeluar aksesori audio yang berstatus tinggi tidak lagi seperti dahulu. Artis dan ahli sukan yang dahulunya menggunakan fon kepala Beats kini menggunakan AirPods yang dilihat lebih premium. Sekiranya produk Beats dihentikan jualannya, Apple dengan mudah boleh menumpukan perhatian kepada memasarkan produk audio yang menggunakan jenama mereka sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.