Kaji Selidik: Lebih 80% Netizen Bersetuju Tempoh PKP Dilanjutkan Lagi

Posted on

Sejak semalam, beberapa laman Facebook membuat kaji selidik mendapatkan pandangan pengguna-pengguna Facebook sama ada perlu atau tidak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan di negara ini.

Setakat artikel ini ditulis, Lebih 80% daripada lebih 185,000 undian dibuat bersetuju untuk PKP ini dilanjutkan manakala selebihnya memilih untuk tidak setuju. PKP di Malaysia sudah memasuki fasa kedua selepas fasa pertama tamat pada 31 Mac 2020.

PKP fasa kedua ini pula dijadualkan bakal berakhir pada 14 April 2020. Keputusan sama ada PKP ini bakal dilanjutkan atau tidak, dijangka bakal diketahui selewat-lewatnya Jumaat ini iaitu hari ke-10 Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2 ini dilaksanakan.

PKP ini dilaksanakan di negara ini selepas jangkitan Covid-19 semakin serius dan ini bertujuan untuk memutuskan rantaian jangkitan yang berlaku. Kerajaan menyeru rakyat Malaysia untuk duduk dalam rumah, kerap membasuh tangan menggunakan air dan sabun serta amalkan penjarakan sosial (Social Distancing) 1 meter ketika berada di tempat awam.

Netizen juga turut meninggalkan komen-komen di mana mereka bersetuju walau ada yang menyatakan keberatan kerana sudah lama tidak bekerja dan sebagainya. Namun, demi keselamatan rakyat dan negara mereka berpendapat adalah lebih baik dilanjutkan tempoh PKP sehingga rantaian jangkitan sudah terputus.

Join Telegram

Apple Dilaporkan Ingin Menghentikan Jualan Produk Beats

Beats Electronics diambil alih oleh Apple pada tahun 2014 pada harga $3 bilion. Jenama ini mempunyai reputasi sebagai peralatan audio yang digunakan oleh golongan selebriti dan kerap dilihat di dalam video muzik. Fon kepalanya pernah menjadi simbol status seperti AirPods beberapa tahun yang lalu. Tetapi kini kedengaran ura-ura Apple akan menghentikan jualan aksesori audio Beats.

Menurut Jon Prosser seorang penganalisa teknologi, Apple akan melancarkan sepasang fon kepala ketika WWDC dan AirPods X pada bulan September hadapan. Ura-ura mengenai fon kepala berjenama Apple telah didengari sejak 2018. Fon kepala ini akan bersaing dalam kelas yang sama seperti Bose 700 manakala AirPods X adalah pengganti kepada Beats X yang menyasarkan pengguna yang gemar bersukan,

Selepas kedua-dia aksesori audio Apple ini dilancarkan, pengeluaran aksesori audio Beats akan dihentikan. Malahan tambah beliau lagi produk Beats kini mula ditawarkan pada potongan harga 40% untuk mengurangkan inventori sedia ada.

Sejak diambil alih oleh Apple, imej Beats sebagai pengeluar aksesori audio yang berstatus tinggi tidak lagi seperti dahulu. Artis dan ahli sukan yang dahulunya menggunakan fon kepala Beats kini menggunakan AirPods yang dilihat lebih premium. Sekiranya produk Beats dihentikan jualannya, Apple dengan mudah boleh menumpukan perhatian kepada memasarkan produk audio yang menggunakan jenama mereka sendiri.

sumber : siakap keli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.