Wabak Covid-19 yang melanda hampir seluruh dunia ketika ini, membawa kesan yang besar terutamanya kepada ekonomi rakyat yang rata-ratanya terjejas.
Di Vietnam, terdapat pihak yang mengambil inisiatif menyediakan beras secara percuma bagi membantu golongan rakyat yang berada dalam kesempitan.
Menerusi perkongsian seorang individu menggunakan akaun LunaOi_VN di Twitter, mereka yang memerlukan beras hanya perlu menekan butang yang disediakan di ATM.
Kemudiannya, beras sebanyak 1kg akan keluar pada satu-satu masa melalui paip yang telah tersedia.
Vietnam just invented a new kind of ATM: it's rice ATM.
Peole just push the button and 1kg of rice (2 pounds) will run out.
And it's for poor people and totally free.
Slogan: "Take some if you are ineed. Leave it to somebody else if you are fine". pic.twitter.com/gkULvofMvJ— DoTheImpossible😤Luna (@LunaOi_VN) April 7, 2020
Pencipta mesin berkenaan, Hoang Tuan Anh berkata, idea ini timbul selepas melihat ramai orang yang mendermakan beras dalam tempoh wabak Covid-19 ini melanda negaranya.
Mesin beras ATM ini beroperasi selama 24 jam.
Sumber: LunaOi_VN, Redfish
Apple Dilaporkan Ingin Menghentikan Jualan Produk Beats
Beats Electronics diambil alih oleh Apple pada tahun 2014 pada harga $3 bilion. Jenama ini mempunyai reputasi sebagai peralatan audio yang digunakan oleh golongan selebriti dan kerap dilihat di dalam video muzik. Fon kepalanya pernah menjadi simbol status seperti AirPods beberapa tahun yang lalu. Tetapi kini kedengaran ura-ura Apple akan menghentikan jualan aksesori audio Beats.
Menurut Jon Prosser seorang penganalisa teknologi, Apple akan melancarkan sepasang fon kepala ketika WWDC dan AirPods X pada bulan September hadapan. Ura-ura mengenai fon kepala berjenama Apple telah didengari sejak 2018. Fon kepala ini akan bersaing dalam kelas yang sama seperti Bose 700 manakala AirPods X adalah pengganti kepada Beats X yang menyasarkan pengguna yang gemar bersukan,
Selepas kedua-dia aksesori audio Apple ini dilancarkan, pengeluaran aksesori audio Beats akan dihentikan. Malahan tambah beliau lagi produk Beats kini mula ditawarkan pada potongan harga 40% untuk mengurangkan inventori sedia ada.
Sejak diambil alih oleh Apple, imej Beats sebagai pengeluar aksesori audio yang berstatus tinggi tidak lagi seperti dahulu. Artis dan ahli sukan yang dahulunya menggunakan fon kepala Beats kini menggunakan AirPods yang dilihat lebih premium. Sekiranya produk Beats dihentikan jualannya, Apple dengan mudah boleh menumpukan perhatian kepada memasarkan produk audio yang menggunakan jenama mereka sendiri.