Tukang Gunting Rambut Maut Akibat Covid-19 Selepas Terima Pelanggan Waktu Pandemik

Posted on

Seorang tukang gunting rambut terkenal di Mississippi dipercayai telah menjadi mangsa korban akibat Covid-19 selepas dia tidak memakai perlindungan diri dan menerima pelanggan pada musim pandemik ini.

Mangsa yang berusia 46 tahun itu berasal dari Brookhaven, Mississippi meninggal dunia pada Sabtu lalu kurang dari sebulan setelah diuji positif Covid-19.

Sebelum itu, mangsa ada memuatnaik satu status di mana dia berpesan kepada orang ramai untuk kuarantin diri dan berjauhan dengan orang ramai. Pada masa yang sama, dia juga mengumumkan bahawa perniagaan ditutup beberapa minggu.

“Kuarantin diri anda dan jauhkan diri daripada orang, tempat aau benda. Saya rasa seperti demam dan akan pergi membuat ujian saringan. TaperNation akan ditutup untuk beberapa minggu, kita akan berehat.”

Selang beberapa hari setelah dia berjuang melawan jangkitan ini, dia meninggal dunia kurang seminggu daripada hari lahirnya ke 46 tahun.

Menurut kakak mangsa, dia tidak boleh bangun dan berjalan sepanjang dikuarantin. Tepat jam 12.12 petang, seorang jururawat di ICU telah memanggil ahli keluarga mangsa untuk memberitahu jantungnya sudah berhenti dan tidak dapat diselamatkan lagi.

Mangsa merupakan seorang anak muda yang menjadi contoh hebat di bandar tersebut. Kanak-kanak dan warga emas akan diberi secara percuma jika datang untuk potong rambut di kedainya.

Join Telegram

Apple Dilaporkan Ingin Menghentikan Jualan Produk Beats

Beats Electronics diambil alih oleh Apple pada tahun 2014 pada harga $3 bilion. Jenama ini mempunyai reputasi sebagai peralatan audio yang digunakan oleh golongan selebriti dan kerap dilihat di dalam video muzik. Fon kepalanya pernah menjadi simbol status seperti AirPods beberapa tahun yang lalu. Tetapi kini kedengaran ura-ura Apple akan menghentikan jualan aksesori audio Beats.

Menurut Jon Prosser seorang penganalisa teknologi, Apple akan melancarkan sepasang fon kepala ketika WWDC dan AirPods X pada bulan September hadapan. Ura-ura mengenai fon kepala berjenama Apple telah didengari sejak 2018. Fon kepala ini akan bersaing dalam kelas yang sama seperti Bose 700 manakala AirPods X adalah pengganti kepada Beats X yang menyasarkan pengguna yang gemar bersukan,

Selepas kedua-dia aksesori audio Apple ini dilancarkan, pengeluaran aksesori audio Beats akan dihentikan. Malahan tambah beliau lagi produk Beats kini mula ditawarkan pada potongan harga 40% untuk mengurangkan inventori sedia ada.

Sejak diambil alih oleh Apple, imej Beats sebagai pengeluar aksesori audio yang berstatus tinggi tidak lagi seperti dahulu. Artis dan ahli sukan yang dahulunya menggunakan fon kepala Beats kini menggunakan AirPods yang dilihat lebih premium. Sekiranya produk Beats dihentikan jualannya, Apple dengan mudah boleh menumpukan perhatian kepada memasarkan produk audio yang menggunakan jenama mereka sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.