153 Kes Baharu Covid-19, Jumlah Keseluruhan 4683

Posted on

Sebanyak 153 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 4,683 kes setakat Ahad (12 April 2020), jam 12 tengahari.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu Sidang Media Perkembangan COVID-19 Di Malaysia yang berlangsung sebentar tadi.

Daripada jumlah tersebut, 66 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi dan 37 kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Join Telegram

Perkhidmatan Samsung S Voice Akan Dihentikan Pada 1 Jun

Lapan tahun yang lalu. Samsung S Voice dilancarkan pada Galaxy S3 sebagai alternatif kepada Google Now. Ia kemudian digantikan pula oleh Bixby sejak Galaxy S8. Tetapi masih terdapat peranti lama yang masih menggunakan S Voice da perkhidmatannya akan dihentikan bermula 1 Jun 2020.

Sekiranya S Voice digunakan pada tarikh di atas, aplikasi akan mengatakan ia tidak dapat bersambung kepada pelayar perkhidmatan. Model peranti yang akan terjejas akibat penamatan S Voice adalah seperti senarai di bawah. Berapa ramaikah di kalangan anda yang masih menggunakan S Voice?

Galaxy A3,Galaxy A5,Galaxy A7,Galaxy A8,Galaxy A9,Galaxy Note 2,Galaxy Note 3,Galaxy Note 4,Galaxy Note 5,Galaxy Note FE,Galaxy Note Pro 12.2,Galaxy S3,Galaxy S4,Galaxy S5,Galaxy S6,Galaxy S6 Edge,Galaxy Tab 4,Galaxy Tab 4 10.1,Galaxy Tab 4 8.0,Galaxy Tab S10.5,Galaxy Tab S8.4, Galaxy W

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.