3 Lagi Kes Kematian Disahkan Hari Ini, Jumlah 76 Mangsa Telah Terkorban

Posted on

Menerusi sidang media situasi terkini Covid-19 yang disampaikan oleh Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan bahawa seramai 3 orang dilaporkan meninggal dunia pada hari ini.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kematian adalah 76 orang daripada jumlah keseluruhan kes positif Covid-19.

Maklumat mangsa terkorban mengikut kes.

Mangsa ke 74 merupakan seorang lelaki, kes ke 4531 yang berusia 54 tahun dan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan. Mangsa juga mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang.

Mangsa ke 75 juga seorang lelaki yang berusia 90 tahun (kes 3469) dan dilaporkan meninggal dunia di Hospital Taiping, Perak. Mangsa mempunyai latar belakang kencing manis, darah tinggi dan jantung.

Mangsa ke 76 merupakan seorang wanita yang berusia 47 tahun (kes 4314) dan dilaporkan meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak. Mangsa mempunyai penyakit darah tinggi.

Takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban akibat jangkitan wabak Covid-19.

Join Telegram

Perkhidmatan Samsung S Voice Akan Dihentikan Pada 1 Jun

Lapan tahun yang lalu. Samsung S Voice dilancarkan pada Galaxy S3 sebagai alternatif kepada Google Now. Ia kemudian digantikan pula oleh Bixby sejak Galaxy S8. Tetapi masih terdapat peranti lama yang masih menggunakan S Voice da perkhidmatannya akan dihentikan bermula 1 Jun 2020.

Sekiranya S Voice digunakan pada tarikh di atas, aplikasi akan mengatakan ia tidak dapat bersambung kepada pelayar perkhidmatan. Model peranti yang akan terjejas akibat penamatan S Voice adalah seperti senarai di bawah. Berapa ramaikah di kalangan anda yang masih menggunakan S Voice?

Galaxy A3,Galaxy A5,Galaxy A7,Galaxy A8,Galaxy A9,Galaxy Note 2,Galaxy Note 3,Galaxy Note 4,Galaxy Note 5,Galaxy Note FE,Galaxy Note Pro 12.2,Galaxy S3,Galaxy S4,Galaxy S5,Galaxy S6,Galaxy S6 Edge,Galaxy Tab 4,Galaxy Tab 4 10.1,Galaxy Tab 4 8.0,Galaxy Tab S10.5,Galaxy Tab S8.4, Galaxy W

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.