Warganet Puas Hati KP Kesihatan Jawab Persoalan Dengan Jelas Dan Penuh Terperinci

Posted on

Umum telah mengetahui bahawa dunia kini sedang dilanda dengan wabak pandemik Covid-19. Setiap hari, rakyat Malaysia akan disajikan dengan laporan perkembangan harian Covid-19 yang diadakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah akan berdiri di hadapan barisan media untuk melaporkan perkembangan dan menjawab segala pertanyaan yang diajukan oleh para petugas media.

Kredibiliti yang ada pada Dr Noor Hisham tidak perlu disangkal lagi. Ketelusannya dalam memberi informasi serta menjawab pertanyaan petugas media dengan sangat jelas dan lancar menunjukkan bahawa beliau sedang mencuba sedaya upanya untuk memerangi penularan wabak yang setakat ini telah menjangkiti ribuan rakyat Malaysia.

Bukan sahaja para media yang berpuas hati dengan jawapan kepada soalan yang diajukan, bahkan warganet di media sosial yang mengikuti perkembangan tersebut menerusi Facebook Live juga turut berpuas hati.

Antaranya boleh dilihat seperti berikut:

Ada netizen yang menyatakan penerangan yang dibuat oleh KP Kesihatan seakan-akan sedang belajar berkenaan virus dan antibodi.

Selain itu, ada juga warganet yang menyatakan kebimbangan mereka terhadap kesihatan Dr Noor Hisham. Di kesempatan itu juga, doa turut dititipkan kepada beliau dan petugas yang lain dalam memerangi wabak pandemik ini.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.