Arab Saudi Umum Tiada Solat Tarawih Di Masjid Ramadan Tahun Ini

Posted on

Arab Saudi telah mengumumkan tiada solat tarawih di masjid pada bulan Ramadan tahun ini, lapor Al Riyadh. Rakyat semua diminta untuk menunaikan solat tarawih di rumah sahaja.

“Semoga Allah SWT menerima solat tarawih yang dilakukan tidak kira sama ada di masjid atau rumah, kerana ini adalah untuk kepentingan bersama,” kata Menteri Hal Ehwal Islam Arab Saudi iaitu Dr. Abdul Latif Al Sheikh.

Sejak 19 Mac yang lalu, negara itu tidak membenarkan lagi solat lima waktu dan solat Jumaat dikerjakan di masjid secara berjemaah. Perkara ini kerana ia sebagai salah satu usaha untuk menyekat penyebaran COVID-19.

Arab Saudi yang melaksanakan perintah berkurung sejak minggu lalu telah mencatat 4,934 kes positif dan 65 kematian setakat ini.

Jumlah itu merupakan yang tertinggi dalam kalangan enam negara anggota Majlis Kerjasama Teluk. Jumlah keseluruhan yang dicatatkan oleh negara anggota berkenaan adalah lebih 14,000 kes positif dan lebih 100 kematian.

Angka itu dijangka akan mencecah 200,000 dalam beberapa minggu akan datang. Oleh sebab itu, ia memaksa langkah drastik diambil seperti menghentikan penerbangan antarabangsa dan menggantung ibadat umrah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.