Menerusi sidang media laporan harian Covid-19, Ketua Pengarah kesihatan Malaysia, Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa dua kumpulan umur yang paling tinggi dijangkiti COVID-19 ialah 20-24 dan 56-59 tahun.
Dua kumpulan umur paling tinggi kes positif COVID-19 ialah 20-24 dan 56-59 tahun - Ketua Pengarah Kesihatan pic.twitter.com/kIqyDnDkJa
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) April 16, 2020
Turut dikongsikan melalui akaun Twitter Bernama TV, 62.6 peratus kes kematian COVID-19 yang dilaporkan di Malaysia membabitkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas.
62.6 peratus kes kematian COVID-19 babitkan mereka berumur 60 tahun ke atas - Ketua Pengarah Kesihatan pic.twitter.com/MDaCMgZUXh
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) April 16, 2020
Manakala, 80.7 peratus kes kematian pula disahkan menghidap penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi serta penyakit buah pinggang dan jantung.
COVID-19: 80.7 peratus kes kematian menghidap penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi serta penyakit buah pinggang, jantung - Ketua Pengarah Kesihatan pic.twitter.com/T4K8HGw2CF
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) April 16, 2020
Sumber: Bernama