Menerusi sidang media pada hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, mengumumkan statistik kes positif Covid-19 dalam kalangan bukan warganegara Malaysia.
Menurutnya, terdapat 601 kes positif Covid-19, 356 kes sedang dirawat, 242 kes yang telah pulih dan tiga kes kematian dalam kalangan bukan warganegara Malaysia. Mereka adalah daripada kumpulan pelancong, pekerja asing, golongan pelarian dan pemohon suaka.
Statistik kes positif #COVID19 dalam kalangan bukan warganegara Malaysia.
Lima negara utama:
Indonesia
Filipina
Bangladesh
India
Pakistan @MuhyiddinYassin @DrAdhamBaba pic.twitter.com/EDnRPBcz1m— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) April 17, 2020
Daripada kesemua jumlah tersebut, mereka terdiri daripada lima negara utama iaitu Indonesia dengan 108 kes, Filipina dengan 104 kes, Bangladesh dengan 63 kes, India dengan 60 kes dan Pakistan dengan 51 kes.
#COVIDー19: 69 kes positif baharu dilapor hari ini, jumlah kumulatif kes 5,251 - KP Kesihatan @DGHisham pic.twitter.com/M3QIazxYnp
— BERNAMA (@bernamadotcom) April 17, 2020
Sumber: KKMPutrajaya