Saban hari, media sosial pada ketika ini tidak lekang dengan pelbagai kiriman yang menyaksikan betapa pemurah dan mulianya rakyat di negara ini dalam membantu golongan yang memerlukan.
Ustaz Ebit Lew sudah semestinya antara individu yang setiap hari turun padang membantu golongan yang kesusahan dan petugas barisan hadapan.
Menerusi kiriman terbarunya di Facebook, Ustaz Ebit Lew menukilkan mengenai penat lelah yang dihadapi sepanjang melakukan dakwah dan membantu golongan yang kesusahan.
Pohon doa semua yer..nak rehat dulu. Orang tanya saya kenapa ustaz buat semua ini. Syukur semuanya kerana Allah. Cuma nak Allah sayang. Allah sayang. Tiada daya upaya melainkan dengan pertolongan Allah.
Dulu-dulu saya susah. Kadang ada orang selit rm2 dalam poket. Rasa happy sangat. Selalu lapar dan susah. Satu hari Allah beri rezeki saya mencurah-curah. Duit gaji pertama saya beri pada mak ayah saya. Setiap bulan saya beri pada mak semuanya di kampung. Mak ingat saya ada duit lain. Dulu selalu tidur masjid jer. Saya selalu menangis bila lapar tapi saya doa hidayah. Menangis kuat-kuat dalam doa minta hidayah. Best menangis dalam doa. Nikmat rasanya. Ubat bila sedih dan penat. Mak selalu cakap dulu ada orang sayang kita,sekarang giliran kita sayang orang lain. Takper orang buat kita, jangan kita buat orang
Masa kahwin pun susah. Duit beli susu anak pun selalu takde. Kasihan bidadari saya. Betul-betul susah. Terima kaseh bidadariku.
Satu hari Allah beri rezeki. Perniagaan Restoren Paramount Coffee House mencurah-curah rezeki. Dapat buka 3 cawangan. Tidaklah banyak tapi dah terlebih untuk saya. Banyak sangat dah saya rasa. Saya tulis 9 buah buku motivasi kekeluargaan dan doa-doa. Syukur semua buku tu laris bertahun-tahun. Ada buku walau dah 4 tahun masih dalam top 10 best seller. Begitu juga butik Jubah saya elews Design. Laku jer jubah. Begitu juga program Training Motivation dan seminar yang saya adakan. Boleh kata setiap hari ada program seminar. 3hari jer rehat duduk rumah dalam sebulan. Saya mula melabur sedikit sebanyak sana sini. Kini pun 56 kakitangan tetap saya semuanya cuti bergaji lagi.
Saya dari dulu buat kerja khidmat masyakat ini dari umur 12 tahun kerja dakwah dan khidmat masyarakat masuk pedalaman menyebarkan kasih sayang dan mengajak kepada kebaikan dan Jamu orang makan. Sabtu Ahad dan cuti sekolah tak pernah duduk rumah. Cuti sekolah sebulan duduk di pedalaman, hutan,gunung ya ng ada manusia. Berkongsi rezeki dan nasihat yang baik. Seronok masa tu baru benar-benar belajar Islam,solat dan akhlak Nabi saw. Menangis jer dengar cerita Nabi saw. Akhlak dan baiknya Nabi saw. Nabi saw nak semua manusia bahagia dan berjaya. Nabi benar-benar merasai setiap kesusahan orang lain.
Beberapa tahun ini lebih aktif dengan anak jalanan,club malam,anak muda motor, dan semua jenis golongan yang orang anggap teruk. Mereka cuma anak baik yang rindukan kasih sayang dan nasihat yang baik. Gembira buat semua tu. Itulah cita-cita saya semenjak kecil nak belajar akhlak Nabi saw. Cinta sayang pada Nabi saw. Nak sambung usaha Nabi saw.
Saat covid 19 ini pula betul-betul buat saya sebak risau. Rasa inilah waktunya gunakan sebanyak mungkin rezeki dan tenaga yang Allah beri pada saya. Diri,harta,masa semuanya milik Allah. Mungkin cuma sekali ini peluang Allah beri pada saya. Siapa tahukan. Syukur ramai juga kawan-kawan dari merata tempat bersama saya dengan doa, sokongan, tenaga dan juga wang ringgit. Dari pelbagai bangsa dan agama. Kita semua sebuah keluarga. Biarlah kita semua menjadi sebuah keluarga da satu hati ini akan menarik rahmat Allah. Semoga Allah terima semuanya jadi asbab kebaikan dan hidayah seluruh alam. Semoga Allah angkat covid 19 ini.
Terima kaseh Allah. Berkat doa arwah mak yang saya cintai. Rindu dekat mak sangat. Rindu ayah dekat kampung lamanya tak jumpa. Bidadari saya dan mertua saya. Bidadari saya kini sentiasa ada bersama saya. I love u bidadariku sayang. Rindu anak-anak dekat rumah. Kasihan diaorang. Doa adik beradik dan doa semua sahabat di media ini. Sampai sekarang bila ada kebaikan selalu fikir ini mesti doa mak. Doa sesiapa yang baik. Jika sedih atau penat saya niatkan pahalanya untuk arwah mak yang saya rindui dan sayangi. Terima kaseh semua guru-guru saya yang selalu doakan saya
Saudaraku di sebalik ujian ada rahmat-ebitlew
Perkongsian tersebut juga telah membuatkan ramai dalam kalangan warganet tersentuh hati dan sebak. Tidak kurang juga, ramai yang mendoakan kesihatan Ebit Lew dan menyokong usahanya membantu golongan memerlukan.
Sumber: Ebit Lew