Sering menjadi perhatian ramai kerana penampilannya yang agak seksi, bagaimanapun pelakon Fatin Afeefa seolah tidak mudah melatah meskipun sering dikecam dan masih tetap mahu menjadi dirinya sendiri.
Nampaknya, Fatin sekali lagi menjadi bualan ramai apabila pelakon itu memuat naik fotonya yang agak menggoda berendam dalam sebuah tab mandi. Namun, bagi mengelakkan komen yang tidak menyenangkan, Fatin terlebih dahulu menutup ruangan komen foto berkenaan.
Meskipun ruangan komen gambar berkenaan ditutup, namun perkongsian tersebut sudah meraih lebih 80,000 tanda suka. Menerusi posting itu, Fatin turut menyertakan kapsyen, “Minding my own business, as always”.
Fatin Afeefa sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon filem Juvana, Adam Shaaz pada 21 Disember 2013. Namun, perkahwinan mereka hanya mampu bertahan 4 tahun sahaja apabila memutuskan untuk bercerai pada 30 Mei 2017.