Sebanyak 57 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 5,482 kes setakat Ahad (21 April 2020), jam 12 tengahari.
Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu Sidang Media Perkembangan COVID-19 Di Malaysia yang berlangsung sebentar tadi.
Daripada jumlah tersebut, 43 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi dan 27 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Manakala dukacita dimaklumkan, terdapat 3 kes kematian berkaitan covid-19 turut direkodkan.
#COVID19 🇲🇾 Terkini 21 April.
Kes baharu 57 (18 kes import dan 39 penularan tempatan)
Keseluruhan 5,482
Kes aktif 2,041Kematian baharu 3 kes
Keseluruhan 92 kes (1.68%)@MuhyiddinYassin @DrAdhamBaba pic.twitter.com/r0nwWeRwgg— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) April 21, 2020
#COVID19 🇲🇾 Tiga kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam sehingga 12pm, 21 April.
Takziah keada keluarga pesakit. @MuhyiddinYassin @DrAdhamBaba @DrNoorAzmi pic.twitter.com/vIJBDWPE01
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) April 21, 2020
Sumber: Sidang Media KKM